Seksyen 46
Kecualian dan peralihan
of Akta Arkitek (Pindaan) 2015
Semua sebutan mengenai Arkitek Profesional dalam mana-mana undang-undang bertulis dan apa-apa dokumen hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, ditafsirkan sebagai sebutan mengenai Arkitek sebagaimana yang ditakrifkan dalam seksyen 2 Akta ibu sebagaimana yang dipinda dalam Akta ini.
(2)
Apa-apa permohonan bagi pendaftaran yang belum selesai pada tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah diuruskan di bawah Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini.
(3)
Apa-apa keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Tatatertib atau Lembaga di bawah Akta ibu hendaklah terus berkuat kuasa seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.
(4)
Apa-apa penyiasatan, prosiding, termasuk prosiding tatatertib, dan perkara yang berhubungan dengan penyiasatan dan prosiding itu yang sedia ada dan belum selesai di bawah Akta ibu hendaklah diteruskan dan diuruskan di bawah Akta ibu seolah-olah ia tidak dipinda oleh Akta ini.
Arkitek (Pindaan)
(5)
Apa-apa penyiasatan, prosiding, termasuk prosiding tatatertib, dan perkara yang berhubungan dengan penyiasatan dan prosiding itu yang boleh dimulakan di bawah Akta ibu sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah dimulakan dan diuruskan di bawah Akta ibu seolah-olah ia tidak dipinda oleh
Akta ini.
(6)
Apa-apa hak, keistimewaan, obligasi, liabiliti, penalti atau hukuman yang diperoleh, terakru atau dikenakan di bawah Akta ibu, boleh diteruskan, dikuatkuasakan, dikenakan dan diuruskan, mengikut mana-mana yang berkenaan, seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.