Skip to content

Seksyen 2

Penyerahhakan duti eksport atas bijih mineral

of Akta Penyerahhakan Duti Eksport (Bijih Mineral) 1964

ActIn forceProvision 2 of 4
Seksyen 2
(1)

Maka hendaklah dibayar kepada Kerajaan Negeri yang dinyatakan dalam ruang pertama Jadual sebahagian daripada duti eksport atas bijih mineral (selain bijih besi dan timah) yang dinyatakan dalam ruang kedua Jadual itu, yang dikeluarkan di Negeri itu; dan bahagian duti eksport yang kena dibayar sedemikian hendaklah seperti yang dinyatakan dalam ruang ketiga Jadual tersebut.

6 Undang-Undang Malaysia Akta 396

(2)

Tiada royalti atau caj yang seumpamanya (sama ada di bawah suatu pajakan atau surat cara lain atau di bawah mana-mana enakmen

Negeri, atau sama ada pajakan atau surat cara itu telah dibuat atau enakmen itu diluluskan sebelum atau selepas pembayaran dibuat di bawah subseksyen (1) boleh, dari tarikh pembayaran dibuat di bawah subseksyen itu, dilevi oleh Kerajaan Negeri berkenaan dengan bijih mineral itu (selain bijih besi dan timah), kecuali dengan persetujuan bertulis daripada Menteri Kewangan.

(3)

Parlimen boleh melalui ketetapan menambah kepada, mengubah, memotong daripada, atau selainnya meminda

Jadual itu.

Pembayaran hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan