Skip to content
In forceUpdated to 1 Dec 2011Read it in English

Act of Parliament

Assignment of Revenue (Export Duty on Iron Ore) Act 1962

Feedback & supportGiving States iron ore export duty and limiting royalties on it

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Penyerahhakan Hasil

(Duti Eksport atas Bijih Besi) 1962.

(2)

Akta ini hendaklah terpakai hanya bagi

Negeri di

*Semenanjung Malaysia sahaja.

s 1ATafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

*CATATAN─ Semua rujukan kepada “Malaysia Barat” hendaklah ditafsirkan sebagai merujuk kepada

“Semenanjung Malaysia” –lihat Akta Tafsiran (Pindaan) 1997 [Akta A996], subseksyen 5(2).

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 395

“bijih besi” ertinya bijih besi atau bijih padat besi tidak termasuk pirit;

“duti eksport” ertinya duti eksport di bawah Akta Kastam 1952

[Akta 235];

“Menteri” ertinya Menteri Kewangan;

“tarikh relevan” mempunyai erti yang diberi oleh subseksyen 2(1).

(1)

Dalam hal bijih besi yang dikeluarkan di mana-mana Negeri dan dieksport selepas akhir bulan September, tahun seribu sembilan ratus enam puluh dua (kemudian daripada ini disebut sebagai “tarikh relevan”), hendaklah diserah hak kepada Negeri itu duti eksport yang dilevi atas bijih itu atau sekian sebanyaknya daripadanya yang tidak melebihi 10 peratus ad voleram atas nilai bijih itu (sebagaimana yang ditentukan bagi maksud duti eksport).

(2)

Dalam hal bijih besi yang dikeluarkan di mana-mana Negeri dan dieksport sebelum tarikh relevan Menteri boleh menyerah hak kepada Negeri itu keseluruhan, atau apa-apa kadar sebagaimana yang dianggapnya saksama, duti eksport yang dilevi atas bijih itu.

(3)

Menteri boleh melalui perintah mengarahkan bahawa subseksyen (1) hendaklah berkuat kuasa dengan penggantian 10

peratus dengan apa-apa peratusan lain sebagaimana yang dinyatakan dalam perintah itu; tetapi mana-mana perintah di bawah subseksyen ini hendaklah dibentangkan di hadapan Dewan Rakyat dan tidak boleh berkuat kuasa sehingga diluluskan melalui ketetapan Dewan itu.

Sekatan peruntukan royalti dalam pajakan, dsb.

s 3Tiada peruntukan bagi melevi royalti atas, atau caj yang

Penyerahhakan Hasil (Duti Eksport atas Bijih Besi) 7

seumpamanya berkenaan dengan, bijih besi yang dikeluarkan di mana-mana Negeri (sama ada di bawah suatu pajakan atau surat cara lain atau di bawah mana-mana Enakmen Negeri, dan sama ada surat cara itu telah dibuat atau Enakmen itu diluluskan sebelum atau selepas seksyen ini mula berkuat kuasa) boleh berkuat kuasa selepas tarikh relevan kecuali—

(a)

dalam hal sesuatu peruntukan yang dibuat sebelum seksyen ini mula berkuat kuasa, setakat mana yang diarahkan oleh Menteri (sama ada sebelum atau selepas tarikh relevan) bahawa peruntukan itu hendaklah berkuat kuasa;

(b)

dalam hal sesuatu peruntukan yang dibuat selepas seksyen ini mula berkuat kuasa, jika Menteri telah menandakan kelulusannya secara bertulis mengenai peruntukan itu.

8

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk ringkas

Berkuat kuasa dari

─ TIADA ─

9

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

─ TIADA ─