Act of Parliament · Updated to 31 Mar 2026
Akta Pemberian Mengikut Bilangan Orang 2026
Feedback & supportChanges to a part of the Federal Constitution's scheduleThe text
Pemberian Mengikut Bilangan Orang 1
UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
AKTA PEMBERIAN MENGIKUT BILANGAN
ORANG 2026
2
Undang-Undang Malaysia
Tarikh Perkenan Diraja
...
...
30 Mac 2026
Tarikh penyiaran dalam Warta
...
31 Mac 2026
Hakcipta Pencetak H
Pemberian Mengikut Bilangan Orang 3
UNDANG-UNDANG MALAYSIA
AKTA PEMBERIAN MENGIKUT BILANGAN
ORANG 2026
Mukadimah · Preamble
Suatu Akta untuk meminda peruntukan Bahagian I Jadual Kesepuluh kepada Perlembagaan Persekutuan.
[
]
Mukadimah · Preamble
BAHAWASANYA adalah diperuntukkan oleh Fasal (2) Perkara 109
Perlembagaan Persekutuan bahawa Parlimen boleh dari semasa ke semasa melalui undang-undang mengubah kadar pemberian mengikut bilangan orang yang terdapat dalam Bahagian I
Jadual Kesepuluh kepada Perlembagaan itu:
DAN BAHAWASANYA menurut Fasal (4)(b) Perkara 159
Perlembagaan Persekutuan apa-apa pindaan kepada Perlembagaan yang bersampingan dengan atau berbangkit daripada penjalanan apa-apa kuasa untuk membuat undang-undang yang diberikan kepada Parlimen oleh mana-mana peruntukan Perlembagaan, selain
Perkara 74 dan 76, dikecualikan daripada peruntukan Fasal (3)
Perkara 159:
MAKA, OLEH YANG DEMIKIAN, DIPERBUAT oleh Parlimen
Malaysia seperti yang berikut:
s 1Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pemberian Mengikut
Bilangan Orang 2026.
Akta ini mula berkuat kuasa pada 1 April 2026.
4
Undang-Undang Malaysia
Pindaan Bahagian I Jadual Kesepuluh kepada Perlembagaan
s 2Persekutuan
Subseksyen 1(1) Bahagian I Jadual Kesepuluh kepada
Perlembagaan Persekutuan dipinda dengan menggantikan perenggan (a), (b), (c) dan (d) dengan perenggan yang berikut:
“(a) bagi 100,000 orang yang pertama mengikut kadar
RM102.00 bagi tiap-tiap orang;
bagi 500,000 orang yang berikutnya mengikut kadar
RM14.00 bagi tiap-tiap orang;
bagi 500,000 orang yang berikutnya mengikut kadar
RM13.50 bagi tiap-tiap orang;
bagi yang selebihnya mengikut kadar RM13.00 tiap-tiap orang,”.