Skip to content

Seksyen 19

Kesalahan oleh pertubuhan perbadanan dan oleh pekerja dan ejen

of Akta Pusat Jagaan 1993

ActIn forceProvision 21 of 27
Seksyen 19
(1)

Jika apa-apa kesalahan terhadap mana-mana peruntukan Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat di bawah seksyen 24 atau

20 Undang-Undang Malaysia Akta 506

apa-apa syarat yang dikenakan di bawah seksyen 7 telah dilakukan oleh sesuatu pertubuhan perbadanan, mana-mana orang yang pada masa perlakuan kesalahan itu seorang pengarah, pengurus, setiausaha atau pegawai lain yang seumpamanya bagi pertubuhan perbadanan itu atau mana-mana orang yang berupa bertindak atas apa-apa sifat sedemikian, atau mana-mana orang yang dalam apa-apa cara atau sehingga apa-apa takat bertanggungjawab bagi pengurusan mana-mana hal ehwal pertubuhan perbadanan itu, atau membantu dalam pengurusan sedemikian, melakukan suatu kesalahan melainkan jika dia membuktikan bahawa kesalahan itu telah dilakukan tanpa persetujuannya atau pembiarannya dan bahawa dia telah menjalankan usaha untuk mencegah berlakunya kesalahan itu sebagaimana yang sepatutnya telah dijalankan olehnya memandangkan jenis fungsi atas sifat itu dan memandangkan semua hal keadaan.

(2)

Jika mana-mana orang (dalam subseksyen ini disebut

“prinsipal”) boleh dikenakan apa-apa hukuman atau penalti di bawah

Akta ini bagi apa-apa perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran, dia boleh dikenakan hukuman atau penalti yang sama bagi tiap-tiap perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran mana-mana pekerja atau ejennya, atau pekerja ejennya itu, jika perbuatan, peninggalan, pengabaian atau keingkaran itu telah dilakukan oleh pekerja prinsipal dalam perjalanan pekerjaannya, atau oleh ejen apabila bertindak bagi pihak prinsipal, atau oleh pekerja ejen itu dalam perjalanan pekerjaannya dengan ejen itu atau selainnya bagi pihak ejen itu.

Anggapan