Skip to content

Seksyen 20

Seksyen 24ld Akta ibu dipinda—

of Akta Penerbangan Awam (Pindaan) 2017

Amendment ActIn forceProvision 20 of 29
Seksyen 20

(a)

dengan menggantikan subseksyen (1) dengan subseksyen yang berikut:

“(1)  Bagi maksud untuk memastikan pematuhan kepada Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini, seseorang pegawai diberi kuasa—

(a)

hendaklah mempunyai akses kepada mana-mana kapal udara, aerodrom, produk aeronautik, kemudahan penerbangan, peralatan keselamatan, tempat atau bangunan;

(b)

boleh memeriksa mana-mana kapal udara, aerodrom, produk aeronautik, kemudahan penerbangan, peralatan keselamatan, tempat atau bangunan;

(c)

boleh menjalankan apa-apa ujian terhadap mana-mana kapal udara, aerodrom, produk aeronautik, kemudahan penerbangan atau peralatan keselamatan;

(d)

boleh memeriksa, membuat salinan atau mengambil ekstrak daripada mana-mana buku, buku minit, daftar, perakuan, lesen, permit, kelulusan, kebenaran, keizinan atau apa-apa dokumen yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa, dokumen penerbangan atau apa-apa dokumen lain yang dikehendaki disimpan oleh Pihak

Berkuasa atau yang perlu bagi maksud untuk memastikan pematuhan kepada Akta ini atau mana-mana perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Akta ini; dan

Penerbangan Awam (Pindaan)

(e)

boleh, melalui notis secara bertulis, menghendaki mana-mana orang untuk mengemukakan kepadanya apa-apa buku, buku minit, daftar atau dokumen lain yang berada dalam jagaan atau kawalan orang itu.” dan

(b)

dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:

“(2)  Bagi maksud subseksyen (1), pegawai diberi kuasa boleh menggunakan apa-apa peralatan, artikel atau peranti kepunyaan Pihak Berkuasa.”.