Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Amendment Act

Akta Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2026

The text

Komunikasi dan Multimedia (Pindaan)

1

UNDANG-UNDANG

MALAYSIA

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

(PINDAAN) 2026

Undang-Undang Malaysia 2

Tarikh Perkenan Diraja

...

...

25 September 2026

Tarikh penyiaran dalam Warta

...

7 Oktober 2026

Hakcipta Pencetak H

Komunikasi dan Multimedia (Pindaan)

Mukadimah · Preamble

Suatu Akta untuk meminda Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

[

]

DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

s 1Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Komunikasi dan

Multimedia (Pindaan) 2026.

(2)

Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta.

s 2Pindaan seksyen 202

Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588] dipinda dalam seksyen 202—

(a)

dengan memasukkan selepas subseksyen (1) subseksyen yang berikut:

“(1a)  Walau apa pun subseksyen (1), Menteri boleh mengarahkan Suruhanjaya untuk menyokong suatu inisiatif pemberian perkhidmatan sejagat kebangsaan yang berhubungan dengan penggunaan perkhidmatan rangkaian

UNDANG-UNDANG MALAYSIA

AKTA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA

(PINDAAN) 2026

Undang-Undang Malaysia 4

atau perkhidmatan aplikasi atau kedua-duanya dengan menggalakkan pemasangan kemudahan rangkaian dan penyediaan perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi atau kedua-duanya bagi pemeliharaan keselamatan negara yang penentuan keselamatan negara itu hendaklah dibuat oleh Majlis Keselamatan Negara mengikut seksyen 4 Akta Majlis Keselamatan Negara 2016

[Akta 776].

(1b)

Apa-apa inisiatif pemberian perkhidmatan sejagat kebangsaan di bawah subseksyen (1a) hendaklah selaras dengan matlamat Akta ini.”; dan

(b)

dalam subseksyen (2), dengan menggantikan perkataan

“subseksyen (1)” dengan perkataan “subseksyen (1)

dan (1a)”.