Seksyen 2
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya meng-Tafsiran. hendaki makna yang lain—
"pelantar benua" ertinya dasar laut dan tanah bawah di kawasan bawah laut yang bersempadanan dengan pantai Malaysia tetapi di luar had perairan wilayah Negeri-Negeri, yang permukaannya terletak sedalam tidak lebih daripada dua ratus meter di bawah permukaan laut, atau, jika dalamnya air superjasen membolehkan eksploitasi sumber alam di kawasan tersebut, di mana-mana tempat yang lebih dalam;
"petroleum" meliputi apa-apa minyak galian atau hidrokarbon relatif dan gas asli yang wujud dalam keadaan semulajadi di dalam lintap, tetapi tidak meliputi arang batu atau batu syal berbitumin atau longgokan berlintap lain daripada mana minyak boleh dikeluarkan dengan cara penyulingan membinasa;
"sumber alam" ertinya-
(a)
sumber galian dan sumber alam lain yang tidak hidup di dasar laut dan tanah bawah; dan
(b)
organisma hidup yang termasuk dalam spesies tetap, iaitu, organisma yang, pada peringkat penuaian, sama ada tidak bergerak di atas atau di bawah dasar laut atau tidak boleh bergerak kecuali dengan sentuhan fizikal malar dengan dasar laut atau tanah bawah.