Skip to content

Seksyen 21

Kecualian

of Akta Duti Timbal Balas dan Anti-Lambakan (Pindaan) 2025

Amendment ActIn forceProvision 21 of 21
Seksyen 21
(1)

Suatu penyiasatan atau kajian semula di bawah Akta ibu yang belum selesai sebaik sebelum Akta ini mula berkuat kuasa hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan mengikut peruntukan Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Akta ini.

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), suatu kajian semula kehakiman berhubung dengan suatu penentuan kajian semula pentadbiran muktamad di bawah seksyen 34a Akta ibu dan suatu kajian semula pentadbiran di bawah seksyen 13 atau 28 Akta ibu, yang belum selesai sebaik sebelum Akta ini mula berkuat kuasa hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Akta ini, diuruskan mengikut peruntukan Akta ibu seolah-olah Akta ibu tidak dipinda oleh Akta ini.