Seksyen 12
Seksyen 12
Menteri boleh, dari semasa ke semasa, melalui pemberitahuan dalam Warta, menentukan, bagi maksud melevi dan membayar duti kastam, nilai apa-apa barang-barang berduti.
13, (1) Pegawai kastam yang hak boleh menilai, menimbang, mengukur atau selainnya memeriksa, atau boleh menyebabkan dinilai, ditimbang, diukur atau selainnya diperiksa apa-apa barang-barang berduti atau tak berkastam bagi maksud menentukan duti kastam yang boleh dilevi ke atasnya.
(2)
Apabila suatu penilaian ke atas apa-apa barang-barang telah dibuat oleh pegawai kastam yang hak, penilaian itu hendaklah dianggap sebagai betul sehingga dibuktikan sebaliknya.
14, (1) Menteri boleh, melalui perintah, mengecuali-kan, tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang difikirkannya patut dikenakan, apa-apa kelas barang-barang atau mana-mana golongan orang daripada membayar keseluruhan atau mana-mana bahagian apa-apa duti kastam atau apa-apa fee atau caj lain yang ditetapkan yang kena dibayar.
Kuasa-
‘ menentukan nilai.
Penilaian oleh pegawai kastam yang hak.
Kuasa
Menteri untuk me-ngecualikan.
[Bah. III, S. 14-15]
Menteri boleh meremit duti kastam.
Pengenaan semula duti.
28 AktTa 235
(2)
Menteri boleh dalam apa-apa hal tertentu—
(a)
mengecualikan mana-mana orang daripada membayar keseluruhan atau mana-mana bahagian duti kastam atau apa-apa fee atau caj lain yang ditetapkan yang kena dibayar oleh orang itu ke atas apa-apa barang-barang; atau
(b)
mengarahkan dibayar balik kepada mana-mana orang keseluruhan atau mana-mana bahagian duti kastam atau apa-apa fee atau caj lain yang ditetapkan yang telah dibayar oleh orang itu ke atas apa-apa barang-barang, dan dalam memberi pengecualian sedemikian atau mengarahkan pembayaran-balik sedemikian, mengenakan apa-apa syarat sebagaimana yang difikir-kannya patut.
(3)
Apa-apa barang-barang yang berkenaan dengannya suatu pengeualian daripada pembayaran duti kastam telah diberi di bawah subseksyen (1) atau
(2)
hendaklah disifatkan sebagai barang-barang berduti sehingga syarat-syarat, jika ada, yang tertakluk kepadanya pengecualian daripada duti telah diberi dipenuhi dan hendaklah dikenakan semua caj lain, yang bukan duti kastam, yang barang-barang itu akan tertakluk jika pengecualian itu tidak diberi.