Skip to content

Seksyen 160

of Akta Kastam 1967

ActIn forceProvision 124 of 138

Seksyen 160

Peruntukan-peruntukan Bahagian X (yang berhubungan dengan pulang balik) adalah terpakai bagi barang-barang (selain daripada liquor yang mema-bukkan, tembakau, cerut, rokok, mancis, hasilan petroleum dan apa-apa barang-barang lain yang diisytiharkan oleh Menteri di bawah perenggan (a) (ii)

subseksyen (1) seksyen 155 atau disifatkan sebagai telah diisytiharkan oleh Menteri di bawah seksyen tersebut), yang diangkut dari kawasan utama kastam ke Labuan seolah-olah barang-barang itu telah dieksport semula.