Skip to content

Seksyen 18

of Akta Kastam 1967

ActIn forceProvision 15 of 138

Seksyen 18

(1)

Jika apa-apa barang-barang berduti yang telah diimport, rosak binasa kerana kemalangan yang tidak dapat dielakkan, hilang pada bila-bila masa selepas ketibaannya dalam Malaysia, dan sebelum dipindahkan daripada kawalan kastam, Ketua Pengarah boleh binasa sebelum meremit keseluruhan atau mana-mana bahagian duti dipindahkan daripada kawalan kastam.

Tiada pengurangan duti selepas barang-barang dipindahkan daripada kawalan kastam.

kastam yang kena dibayar ke atas barang-barang itu.

(2)

Selepas pemindahan apa-apa barang-barang daripada kawalan kastam tiada pengurangan duti kastam boleh dibenarkan ke atas apa-apa barang-barang itu—

(a)

atas sebab kerosakan; atau

(b)

atas sebab apa-apa tuntutan—

(i)

untuk membayar duti pada kadar keutamaan; atau

(Bah. II, S. 18-19}

KASTAM 31

(ii)

bahawa berat, ukuran, isipadu atau nilai yang ditetapkan oleh pegawai kastam yang hak bagi maksud menentukan duti ke atas barang-barang itu, atau apa-apa faktor lain berkaitan dengan barang-barang itu, adalah tidak betul, melainkan jika notis secara bertulis tentang tuntutan sedemikian telah diberi pada atau sebelum masa pemindahan itu.

(3)

Selepas pemindahan apa-apa barang-barang daripada kawalan kastam tiada pengurangan duti eksport boleh dibenarkan ke atas apa-apa barang-barang itu atas sebab kerosakan, kecurian atau kehilangan.