Seksyen 43
Seksyen 43
Nakhoda mana-mana vesel yang berada dalam perairan wilayah hendaklah mematuhi apa-apa isyarat yang dibuat kepadanya daripada sesuatu vesel pencegah atau apa-apa arahan yang diberi oleh seorang pegawai kastam yang berpakaian seragam daripada mana-mana vesel lain atau mana-mana tempat yang menghendakinya supaya berhenti atau supaya tidak bergerak lagi atau supaya melakukan apa-apa tindakan lain.
44, (1) Jika mana-mana vesel berapungan dalam perairan wilayah dan apabila diperiksa didapati membawa barang-barang yang dikenakan duti apabila diimport atau barang-barang daripada suatu kelas di mana pengimportannya dilarang, nakhoda dan tiap-tiap anggota kru vesel itu adalah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, sebagai telah mengimport barang-barang tak berkastam atau barang-barang larangan, mengikut mana-mana yang berkenaan.
(2)
Jika mana-mana vesel berapungan dalam perairan wilayah dan apabila diperiksa didapati tidak membawa apa-apa barang-barang yang disebut dalam subseksyen (1), vesel itu hendaklah dianggap, sehingga dibuktikan sebaliknya, sebagai terapung-apung bagi maksud menerima barang-barang berduti yang mana duti eksport telah tidak dibayar ke atasnya atau barang- -
barang larangan yang dieksport berlawanan dengan suatu larangan dan nakhoda dan tiap-tiap anggota kru vese] itu adalah melakukan kesalahan terhadap Akta ini.
[Bah. VI, 8. 44-47]
KASTAM 45
(3)
Nakhoda mana-mana vesel yang didapati tanpa [pin Aki alasan yang sah berada dalam perairan wilayah tanpa 478.)
suatu pelepasan bagi sesuatu pelabuhan kastam di
Malaysia, atau membawa kargo atau penumpang atau kedua-duanya tanpa suatu manifes yang sesuai baginya, atau didapati telah melepasi pelabuhan kastam yang dinamakan dalam surat-surat vesel itu tanpa membuat kemasukan dan perisytiharan di pelabuhan itu, apabila disabitkan di hadapan seorang
Majistret Kelas Satu boleh didenda dua ribu ringgit dan dipenjarakan selama tempoh dua belas bulan.