Skip to content

Seksyen 52

of Akta Kastam 1967

ActIn forceProvision 38 of 138

Seksyen 52

(1)

Kecuali sebagaimana yang diperuntukkan Nakhoda dalam subseksyen (3), nakhoda atau ejen tiap-tiap ‘esel¥ns vesel, selain daripada suatu pesawat tempatan, yang hendaklah tiba di mana-mana pelabuhan kastam, hendaklah, menyershkan dalam masa dua puluh empat jam selepas ketibaan dan jnasuk.

sebelum apa-apa kargo dikeluarkan dari kapal, menyerahkan kepada pegawai kastam yang hak

[Bah. VII, S. 52-53]

Barang-barang untuk dipindah-kapal.

Peruntukan bagi hal di mana semua butir tidak diketahui.

48 AkTA 235

di pejabat kastam suatu manifes masuk yang betul mengenai vesel itu dalam Bahasa Kebangsaan atau dalam Bahasa Inggeris, pada keseluruhan isinya mengikut borang yang ditetapkan, diperakui oleh nakhoda atau ejen itu, bersama-sama dengan suatu salinan penduanya, yang mengandungi semua butir tentang tanda, nombor dan kandungan setiap bungkusan yang dicadangkan untuk didaratkan di pelabuhan kastam itu, bersama-sama dengan nama pengapal dan konsaini bungkusan itu, jika diketahuinya, dan pegawai kastam yang hak boleh, menurut budi bicaranya, menghendaki, sebagai tambahan, suatu manifes yang lengkap mengenai keseluruhan kargo vesel itu dan senarai lengkap storan di atas vesel itu.

(2)

Suatu manifes pindahkapal berasingan hendaklah diserahkan dalam dua salinan dalam borang yang ditetapkan berkenaan dengan barang-barang yang akan dipindahkapal di pelabuhan kastam.

(3)

Jika dapat ditunjukkan dengan memuaskan hati pegawai kastam yang hak bahawa adalah tidak praktikal untuk menyerahkan manifes masuk atau manifes pindahkapal dalam suatu masa yang munasabah selepas ketibaan sesuatu vesel, pegawai kastam yang hak boleh membenarkan kargo didaratkan atau dipindahkapalkan sebelum manifes itu diserahkan, tetapi tiada kargo yang didaratkan sedemikian boleh, kecuali dengan kebenaran pegawai kastam yang hak, diserahkan kepada pengimport atau konsaini atau ejennya sehingga manifes itu telah diserahkan kepada, dan diteliti oleh, pegawai kastam yang hak.