Act of Parliament · Updated to 1 Dec 2011
Degrees and Diplomas Act 1962
Feedback & supportTreating certain university degrees as equal to earlier onesThe text
UNDANG-UNDANG
MALAYSIA
VERSI ATAS TALIAN CETAKAN SEMULA
YANG KEMAS KINI
Sebagaimana pada 1 Disember 2011
Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Degrees and
Diplomas Act 1962 sebagaimana disemak dalam tahun 1989. Melainkan dan sehingga ditetapkan sebagai sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], ia bukannya perundangan.
2
Pertama kali diperbuat … … … … … 1962 (Akta No. 25
tahun 1962)
Disemak … … … … … … … … 1989 (Akta 379 m.b.p.
21 September 1989)
3
Mukadimah · Preamble
Suatu Akta untuk menjadikan ijazah atau diploma dari Universiti
Malaya atau dari Universiti Singapura bagi maksud undang-undang bertulis yang sedia ada, setara dengan ijazah atau diploma yang bersamaan dari Universiti Malaya dahulu.
[1 Januari 1962]
MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh
Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan
Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan
Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut :
s 1Tajuk ringkas
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Ijazah dan Diploma 1962.
s 2Ijazah dan diploma yang bersamaan
Jika pemilikan apa-apa ijazah atau diploma dari Universiti
Malaya dahulu memberi apa-apa kelayakan atau hak di bawah mana-mana undang-undang bertulis yang diluluskan atau dibuat sebelum tahun 1962, kelayakan atau hak seumpamanya di bawah undang-undang itu hendaklah diberikan dengan pemilikan ijazah atau diploma yang bersamaan dari Universiti Malaya sekarang atau dari
Universiti Singapura.
Dalam Akta ini “Universiti Malaya dahulu” ertinya Universiti yang ditubuhkan dan diperbadankan di bawah Ordinan Universiti
Malaya 1949 [Ordinan 17 tahun 1949] dan “Universiti Malaya sekarang”
ertinya
Universiti
Malaya yang ditubuhkan dan
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 379
diperbadankan di bawah Akta Universiti Malaya 1961 [Akta 44 tahun 1961].
7
SENARAI PINDAAN
Undang-undang
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa yang meminda dari
− TIADA −
8
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
− TIADA −