Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2006Read it in English

Act of Parliament

Distribution Act 1958

Feedback & supportSharing out the estates of people who die without a will

In plain English

Not legal advice

This Act sets out the law on how intestate estates are distributed. It does not apply to the estate of a person who professes the Muslim religion. It does not affect rules of Muslim law, as varied by local custom, on distributing such an estate. It also does not apply to an estate whose distribution is governed by the Parsee Intestate Succession Ordinance of the Straits Settlements.

Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.

Official textFrom Laws of Malaysia Online's scanned PDF, read by OCR; may contain errors

s 1Section 1

(1)

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Tajuk ringkas Pembahagian 1958. dan pemakaian.

(2)

Akta ini terpakai bagi Malaysia Barat sahaja.

s 2Section 2

Tiada apa-apa jua dalam Akta ini terpakai bagi harta pusaka seseorang yang menganuti agama Islam atau boleh menjejas mana-mana kaedah-kaedah undang-undang Islam sebagaimana diubah oleh adat tempatan mengenai pembahagian harta pusaka seseorang sedemikian dan Akta ini juga tidak terpakai bagi mana-mana harta pusaka, di mana pembahagiannya ditentukan di bawah Ordinan Pewarisan Tak Berwasiat Parsee bagi Negeri-Negeri Selat. N.S. Bab 54.

s 3Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya Tafsiran. menghendaki makna yang lain—

“anak” ertinya seorang anak sah taraf dan jika si mati dibenarkan oleh undang-undang dirinya mempunyai ramai isteri termasuk seorang anak oleh mana-mana isteri sedemikian, tetapi tidak termasuk seorang anak angkat selain daripada seorang anak yang diangkat di bawah peruntukan-peruntukan Akta Pengangkatan 1952;

"Malaysia Barat" mempunyai erti yang diberikan kepadanya di dalam seksyen 3 Akta Tafsiran 1967, dan termasuk Wilayah Persekutuan; 23/67.

"si mati tak berwasiat" termasuk seseorang yang meninggalkan wasiat tetapi mati tak berwasiat mengenai apa-apa kepentingan benefisial dalam hartanya;

"zuriat" termasuk anak-anak dan keturunan anak-anak yang telah mati.

s 4Section 4

(1)

Pembahagian harta alih seseorang yang mati hendaklah dikawalselia oleh undang-undang negeri di mana dia berdomisil pada masa kematiannya.

(2)

Pembahagian harta tak alih seseorang yang mati tak berwasiat hendaklah dikawalselia oleh Akta ini di mana jua dia berdomisil pada masa kematiannya.

s 5Section 5

Bagi maksud pembahagian di bawah Akta ini, maka tidaklah ada perbezaan di antara mereka yang bersaudara dengan orang yang mati kerana pertalian dengan bapanya atau mereka yang bersaudara dengannya kerana pertalian dengan emaknya, mahupun juga antara mereka yang bersaudara dengannya kerana pertalian kedua ibu bapa yang sama dan mereka yang bersaudara dengannya kerana pertalian ibu atau bapa yang sama, mahupun juga antara mereka yang sebenarnya lahir semasa hayatnya dan mereka yang pada tarikh kematiannya hanyalah dikandung tetapi yang kemudiannya dilahir hidup.

s 6Section 6

(1)

Selepas mula berkuatkuasanya Akta ini, jika seseorang itu mati tak berwasiat mengenai sesuatu harta yang dia adalah berhak secara benefisial bagi suatu kepentingan yang tidak terhenti atas kematiannya, harta sedemikian atau hasil daripadanya selepas dibayar daripadanya perbelanjaan bagi pentadbiran wajar, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan seksyen 4, hendaklah dibahagikan mengikut cara atau dipegang atas amanah yang disebutkan di dalam seksyen ini, iaitu—

(i)

Jika seorang perempuan mati tak berwasiat dengan meninggalkan seorang suami, kesemua harta pusakanya hendaklah diberikan kepadanya.

(ii)

Jika seorang lelaki mati tak berwasiat dengan meninggalkan seorang isteri dan zuriat, isteri yang menakat adalah berhak kepada satu pertiga daripada harta pusakanya: tetapi jika dia meninggalkan seorang isteri dan tiada zuriat, isteri yang menakat adalah berhak kepada setengah daripada harta pusaka itu.

(iii)

Tertakluk kepada hak-hak seorang suami atau isteri yang menakat harta pusaka si mati tak berwasiat yang meninggalkan zuriat hendaklah dipegang atas amanah sebagaimana dinyatakan dalam seksyen 7 bagi zuriat itu.

(iv)

Jika si mati tak berwasiat tidak meninggalkan zuriat, maka, tertakluk kepada hak-hak seorang suami atau isteri yang menakat, harta pusaka itu hendaklah dipegang atas amanah bagi orang-orang yang berikutnya yang hidup pada masa kematian si mati tak berwasiat dan mengikut susunan dan cara yang berikut, iaitu—

Pertama, bagi ibu bapa si mati tak berwasiat dalam bahagian yang sama banyak secara mutlak atau jika hanya seorang sahaja kepada ibu atau bapa secara mutlak; tetapi jika tiada ibu bapa yang menakat, maka

Kedua, atas amanah yang dibentangkan dalam seksyen 7 bagi adik-beradik lelaki dan perempuan si mati tak berwasiat; tetapi jika tiada seseorang pun mendapat kepentingan yang terletakhak secara mutlak di bawah amanah sedemikian, maka

Ketiga, bagi datuk-nenek si mati tak berwasiat, dan jika lebih daripada seorang menakat si mati tak berwasiat dalam bahagian yang sama banyak secara mutlak; tetapi jika tiada datuk-nenek yang menakat, maka

Keempat, bagi isteri yang menakat si mati tak berwasiat secara mutlak; tetapi jika tiada orang sedemikian, maka

Kelima, atas amanah yang dinyatakan dalam seksyen 7 bagi bapa dan ibu saudara si mati tak berwasiat; tetapi jika tiada seorang pun mendapat kepentingan yang terletakhak secara mutlak di bawah amanah sedemikian, maka

Keenam, bagi moyang-moyang si mati tak berwasiat dan jika lebih daripada seorang menakat si mati tak berwasiat dalam bahagian yang sama banyak secara mutlak; tetapi jika tiada moyang-moyang sedemikian yang menakat, maka

Ketujuh, atas amanah yang dinyatakan dalam seksyen 7 bagi moyang saudara si mati tak berwasiat.

(v)

Jika tidak ada seseorang mendapat suatu kepentingan mutlak di bawah peruntukan-peruntukan terdahulu Kerajaan adalah berhak kepada keseluruhan harta pusaka itu kecuali setakat mana ianya terdiri daripada tanah.

(2)

Jika seseorang yang mati tak berwasiat dibenarkan oleh undang-undang dirinya mempunyai ramai isteri dan lebih daripada seorang isteri menakatnya, isteri-isteri sedemikian hendaklah berkongsi sama banyak di antara mereka bahagian yang isteri si mati tak berwasiat mungkin akan berhak kepada, jika si mati tak berwasiat meninggalkan hanya seorang isteri menakatnya.

(3)

Jika si mati tak berwasiat dan suami atau isteri si mati tak berwasiat telah mati dalam keadaan yang menyebabkannya tidak pasti yang mana di antara mereka yang telah menakat pihak yang satu lagi, seksyen ini hendaklah, walau apa pun kaedah undangundang yang berlawanan, berkuatkuasa berkenaan dengan si mati tak berwasiat seolah-olah suami atau isteri itu telah tidak menakat si mati tak berwasiat.

(2)

Jika di bawah peruntukan-peruntukan seksyen 6, harta pusaka seseorang si mati tak berwasiat atau mana-mana bahagian daripadanya diarahkan supaya dipegang atas amanah yang dinyatakan dalam seksyen ini untuk sesuatu kelas saudara-mara si mati selain daripada zuriat si mati tak berwasiat, harta pusaka itu hendaklah dipegang atas amanah bersamaan dengan amanah yang dinyatakan dalam subseksyen (1) seksyen ini untuk zuriat si mati tak berwasiat seolah-olah amanah sedemikian diulangi dengan menggantikan sebutan mengenai anggota-anggota atau anggota kelas itu bagi sebutan mengenai anak-anak atau anak si mati tak berwasiat.

(3)

Jika amanah untuk zuriat si mati tak berwasiat gagal oleh sebab tiadanya anak atau zuriat lain yang mendapat kepentingan terletakhak secara mutlak, harta pusaka si mati tak berwasiat dan pendapatan daripadanya dan semua pengumpulan, jika ada, pendapatan daripadanya atau mana-mana bahagian daripadanya yang mungkin belum dibayar atau dipakai di bawah apa-apa kuasa yang melibatkan harta pusaka itu, hendaklah diberikan, diturunkan dan dipegang di bawah peruntukan-peruntukan Akta ini seolah-olah si mati tak berwasiat telah mati tanpa meninggalkan zuriat yang masih hidup pada masa kematian si mati tak berwasiat, dan dengan itu sebutan-sebutan di bawah seksyen 6 mengenai si mati tak berwasiat "meninggalkan zuriat" dan "tidak meninggalkan zuriat" hendaklah ditafsirkan masing-masingnya sebagai sebutan mengenai si mati tak berwasiat meninggalkan zuriat atau tidak meninggalkan zuriat yang mendapat suatu kepentingan terletakhak secara mutlak.

s 8Section 8

Jika seseorang itu mati dengan meninggalkan satu wasiat secara benefisial melupuskan sebahagian daripada hartanya, peruntukan-peruntukan Akta ini akan berkuatkuasa berkenaan dengan bahagian hartanya yang tidak dilupuskan sedemikian, tertakluk kepada peruntukan-peruntukan yang terkandung di dalam wasiat itu:

Dengan syarat bahawa wakil diri hendaklah, tertakluk kepada hak dan kuasanya bagi maksudmaksud pentadbiran, menjadi seorang pemegangamanah bagi orang-orang yang berhak di bawah Aktaini berkenaan dengan bahagian harta pusaka yang tidakdilupuskan dengan nyata melainkan ternyata menurutwasiat itu bahawa wakil diri itu berhak mendapatbahagian sedemikian secara benefisial.

s 9Section 9

Jika bahagian agihan mengenai harta orang mati tak berwasiat dituntut oleh seorang anak atau mana-mana keturunan anak orang sedemikian, tiada wang atau harta lain yang si mati tak berwasiat boleh semasa hidupnya telah membayar, memberi atau menyelesaikan kepada atau bagi pendahuluan untuk anak itu yang olehnya atau oleh keturunannya tuntutan itu dibuat hendaklah diambil kira dalam menaksir bahagian agihan sedemikian.

s 10Pembahagian

Enakmen-Enakmen yang dinyatakan dalam Jadual Pemansuhan. kepada Akta ini adalah dimansuhkan.

Schedules