Seksyen 21
Seksyen 51 Akta ibu dipinda—
of Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2012
(a)
dalam subseksyen (1)—
(i)
dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perenggan (t) dengan perenggan yang berikut:
“(t) mengawal audit alam sekeliling dan pengemukaan suatu laporan audit dan pelantikan orang yang layak untuk membantu Ketua Pengarah dalam menjalankan audit alam sekeliling bagi mana-mana kenderaan, kapal atau premis, tanpa mengira sama ada kenderaan, kapal atau premis itu adalah yang ditetapkan
24
Undang-Undang Malaysia
Akta A1441
di bawah seksyen 18 atau selainnya, dan cara pengendaliannya, dan menetapkan bayaran yang boleh dikenakan;”;
(ii)
dengan memasukkan selepas perenggan (t)
perenggan yang berikut:
“(tt) mengawal selia apa-apa perkara yang berhubungan dengan penilaian kesan kepada alam sekeliling;”;
(iii)
dengan menggantikan perenggan (w) dengan perenggan yang berikut:
“(w) mengawal selia apa-apa perkara yang berhubungan dengan orang yang berwibawa;”; dan
(iv)
dengan memasukkan selepas perenggan (w)
perenggan yang berikut:
“(x) mengawal selia kecekapan penyedia latihan yang menyediakan latihan dalam bidang alam sekeliling.”; dan
(b)
dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
“(3) Peraturan-peraturan yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan-peraturan sebagai suatu kesalahan dan boleh menetapkan penalti denda tidak melebihi satu ratus ribu ringgit atau pemenjaraan selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.”.