Skip to content
ActIn force

Akta Pembantu Hospital Estet (Pendaftaran) 1965

The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.

Enacted
1965
Sections
11
Languages
EN · MS

Akta Pembantu Hospital Estet (Pendaftaran) 1965 is Malaysia Act, cited as Act 435 1965, currently marked in force and first recorded in 1965.

Front matterCover and publication detailsOpen

MALAYSIA

_________

VERSI ATAS TALIAN

TEKS CETAKAN SEMULA YANG KEMAS KINI

_________

Akta 435

AKTA PEMBANTU HOSPITAL

ESTET (PENDAFTARAN) 1965

Sebagaimana pada 1 Januari 2013

Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara bagi Estate

Hospital Assistants (Registration) Act 1965 sebagaimana disemak dalam tahun

Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 [Akta 32], teks ini bukan perundangan.

2

Pertama kali diperbuat … … … … … 1965 (Akta No. 12

tahun 1965)

Disemak … … … … … 1990 (Akta 435

m.b.p 31 Mac 1990)

3

Akta 435

Opening note

Preamble

  1. Suatu Akta bagi mengadakan peruntukan mengenai pendaftaran pembantu hospital estet dan pembantu hospital estet dalam percubaan dan mengenai perkara yang berkaitan dengannya. [1 Jun 1965] MAKA INILAH DIPERBUAT UNDANG-UNDANG oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat dan persetujuan Dewan Negara dan Dewan Rakyat yang bersidang dalam Parlimen, dan dengan kuasa daripadanya, seperti yang berikut: Tajuk ringkas dan pemakaian

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Pembantu Hospital Estet

(Pendaftaran) 1965.

(2)

Akta hendaklah terpakai hanya bagi Negeri di Semenanjung

Malaysia sahaja.

Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 435

“hospital estet” ertinya sesuatu hospital atau dispensari yang disenggarakan oleh seseorang majikan di atas atau di dalam kawasan yang berhampiran dengan sesuatu estet bagi perawatan buruh di estet itu dan termasuklah sesuatu hospital atau dispensari yang disenggarakan oleh dua orang majikan atau lebih bagi perawatan buruh di estet mereka;

“Menteri” ertinya Menteri Kesihatan;

“pembantu hospital estet” ertinya seseorang yang telah lulus mana-mana daripada peperiksaan yang ditetapkan oleh mana-mana peraturan yang di buat di bawah Akta ini atau apa-apa peperiksaan yang disebut dalam seksyen 9;

“pembantu hospital estet dalam percubaan” ertinya seseorang yang tidak lulus mana-mana daripada peperiksaan yang ditetapkan oleh mana-mana peraturan yang dibuat di bawah Akta ini atau apa-apa peperiksaan yang disebut dalam seksyen 9, tetapi sedang menjalani latihan dalam sesuatu institusi yang diluluskan bagi maksud menjadi seorang pembantu hospital estet.

Penubuhan dan keanggotaan Lembaga Pembantu Hospital Estet

(Pendaftaran)

(1)

Maka hendaklah ditubuhkan suatu lembaga bernama

“Lembaga Pembantu Hospital Estet (Pendaftaran)” (kemudian daripada ini disebut “Lembaga”).

(2)

Lembaga hendaklah ditubuhkan mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah Akta ini.

Daftar pembantu hospital estet

(1)

Lembaga hendaklah menyenggarakan suatu daftar (kemudian daripada ini disebut “Daftar”) yang mengandungi nama dan alamat dalam Negeri di Semenanjung Malaysia bagi pembantu hospital estet

Pembantu Hospital Estet (Pendaftaran) 7

dan pembantu hospital estet dalam percubaan, kelayakan mereka, jika ada, gred mereka masing-masing, dan apa-apa butir lain sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga.

(2)

Mana-mana orang yang ingin didaftarkan di bawah seksyen ini boleh memohon kepada Lembaga dengan menyatakan nama, alamat dalam Negeri di Semenanjung Malaysia, nombor kad pendaftaran negara dan kelayakannya, jika ada, dan memberi apa-apa butir lanjut sebagaimana yang dikehendaki oleh Lembaga; dan orang itu hendaklah bersama permohonan itu menghantar kepada Lembaga dokumen yang menjadi keterangan mengenai kelayakannya yang disebut terdahulu.

(3)

Tiap-tiap orang yang namanya ada dalam Daftar hendaklah dalam tempoh dua bulan daripada apa-apa perubahan yang mungkin akan berlaku tentang butir-butir yang berhubungan dengannya memberitahu Lembaga mengenai perubahan itu.

(4)

Lembaga hendaklah setelah memasukkan nama mana-mana orang ke dalam Daftar, mengeluarkan kepada orang itu suatu perakuan pendaftaran; dan perakuan itu hendaklah menyatakan sama ada orang itu telah didaftarkan sebagai seorang pembantu hospital estet atau seorang pembantu hospital estet dalam percubaan dan, dalam hal pembantu hospital estet, gred yang dia telah didaftarkan.

(5)

Apa-apa perakuan yang ditandatangani oleh Pengerusi

Lembaga yang menyatakan bahawa seseorang itu adalah didaftarkan atau adalah tidak didaftarkan di bawah Akta ini dan, jika didaftarkan sebagai seorang pembantu hospital estet, gred yang orang itu telah didaftarkan, hendaklah menjadi keterangan muktamad bahawa orang itu adalah atau adalah tidak didaftarkan atau adalah didaftarkan di dalam gred tersebut; dan bagi maksud itu, apa-apa perakuan yang dikatakan ditandatangani oleh Pengerusi sebagaimana yang disebut terdahulu hendaklah, melainkan jika dibuktikan sebaliknya, disifatkan sebagai telah ditandatangani oleh Pengerusi tersebut.

8 Undang-Undang Malaysia AKTA 435

Penalti kerana menggunakan gelaran pembantu hospital estet secara tidak sah dan kerana memalsukan Daftar

(1)

Tiap-tiap orang yang—

(a)

bukan sebagai seorang yang didaftarkan dengan sewajarnya di bawah Akta ini mengaku sebagai didaftarkan sedemikian atau menjalankan amalan sebagai seorang pembantu hospital estet atau seorang pembantu hospital estet dalam percubaan, atau menggunakan atau mengaku sebagai berhak menggunakan apa-apa nama, gelaran, tambahan, perihal, pakaian seragam atau lencana yang memberi faham bahawa dia adalah, atau adalah diakui di sisi undang-undang sebagai didaftarkan sebagai demikian, atau menggunakan atau mengaku sebagai berhak menggunakan apa-apa gelaran, pakaian seragam atau lencana yang ditetapkan untuk digunakan oleh pembantu hospital estet yang didaftarkan di bawah Akta ini;

(b)

sebagai seorang yang didaftarkan dalam sesuatu gred, menggunakan atau mengaku sebagai berhak menggunakan apa-apa nama, gelaran, tambahan, perihal, pakaian seragam atau lencana, yang memberi faham bahawa dia adalah didaftarkan dalam sesuatu gred lain;

atau

(c)

dengan tujuan hendak memperdaya, menggunakan apa-apa perakuan pendaftaran yang telah dibatalkan atau telah dikeluarkan di bawah Akta ini kepada mana-mana orang lain, melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan pada pertama kalinya dikenakan denda tidak melebihi dua ratus lima puluh ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi tiga bulan atau kedua-duanya, dan apabila disabitkan pada kali kedua atau berikutnya dikenakan denda tidak melebihi lima ratus ringgit atau penjara selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

Pembantu Hospital Estet (Pendaftaran) 9

(2)

Mana-mana orang yang dengan sengaja membuat atau menyebabkan dibuat apa-apa catatan palsu dalam Daftar atau dengan diketahuinya memberi maklumat palsu berkenaan dengan butir-butir tertentu yang dikehendaki oleh Lembaga melakukan suatu kesalahan dan boleh apabila disabitkan dikenakan denda tidak melebihi satu ribu ringgit atau penjara selama apa-apa tempoh tidak melebihi dua belas bulan atau kedua-duanya.

Lembaga boleh memerintahkan pemotongan nama daripada

Daftar

(1)

Lembaga boleh mengarahkan pemotongan daripada Daftar nama mana-mana orang yang—

(b)

pada pendapat

Lembaga adalah bersalah kerana berkelakuan tidak senonoh;

(c)

telah tidak memberi kepada Lembaga suatu alamat dalam

Negeri di Semenanjung Malaysia di mana dia boleh dijumpai;

(d)

telah memperoleh pendaftaran melalui suatu pernyataan fraud atau tidak betul; atau

(e)

telah didaftarkan disebabkan kesilapan tentang kelayakannya untuk pendaftaran;

(f)

sebagai seorang pembantu hospital estet dalam percubaan, gagal dalam sesuatu tempoh yang ditetapkan oleh Lembaga untuk melayakkan dirinya didaftarkan sebagai seorang pembantu hospital estet.

(2)

Lembaga hendaklah selepas memotong nama mana-mana orang daripada Daftar menyiarkan suatu pemberitahuan berkenaan dengannya di dalam Warta dan hendaklah membatalkan perakuan pendaftaran yang dikeluarkan kepada orang itu di bawah seksyen 3.

10 Undang-Undang Malaysia AKTA 435

(3)

Bagi maksud subseksyen (1)(c) Lembaga boleh menghantar suatu surat berdaftar yang dialamatkan kepada mana-mana orang di dalam Daftar di alamat terakhir yang diberikannya kepada Lembaga untuk bertanya kepadanya mengenai alamat terbarunya dan jika sekiranya dia gagal menjawab surat itu dalam tempoh tiga bulan dari tarikh surat berdaftar itu dihantar, dia hendaklah disifatkan tidak memberikan kepada Lembaga apa-apa alamat.

Rayuan terhadap pemotongan nama daripada Daftar

(1)

Mana-mana orang yang terkilan dengan pemotongan namanya daripada Daftar boleh, dalam tempoh tiga bulan dari tarikh notis disampaikan kepadanya oleh Lembaga bahawa namanya telah dipotong, merayu kepada Menteri terhadap pemotongan itu, dan atas rayuan itu, Menteri boleh memberi apa-apa arahan yang difikirkannya patut.

(2)

Berhubungan dengan sesuatu rayuan di bawah seksyen ini, keputusan Menteri adalah muktamad.

Kemasukan semula nama ke dalam Daftar

Lembaga boleh jika ia fikirkan patut dalam mana-mana hal menyebabkan nama mana-mana orang yang dipotong daripada Daftar dimasukkan semula ke dalam Daftar dan hendaklah dalam hal seperti itu mengeluarkan suatu perakuan pendaftaran yang baru kepada orang itu.

Peraturan-peraturan

Menteri boleh membuat peraturan-peraturan—

(a)

untuk mengawal selia pemanggilan dan tatacara mesyuarat dan lain-lain prosiding lain Lembaga;

Pembantu Hospital Estet (Pendaftaran) 11

(b)

untuk mengawal selia pembentukan, penyenggaraan dan penyiaran Daftar;

(c)

untuk mengawal selia kelayakan bagi penerimaan masuk ke dalam Daftar;

(d)

untuk mengawal selia tatacara berhubungan dengan pemotongan nama daripada Daftar;

(e)

untuk mengawal selia latihan bagi pembantu hospital estet dan pembantu hospital estet dalam percubaan dan bagi maksud itu untuk meluluskan hospital, dispensari dan lain-lain institusi untuk dijadikan institusi latihan;

(f)

untuk mengawal selia penjalanan peperiksaan dan apa-apa perkara yang bersampingan atau berkaitan dengannya;

(g)

untuk membolehkan

Lembaga menubuhkan jawatankuasa dan membenarkan pewakilan kepada jawatankuasa akan apa-apa daripada kuasa Lembaga dan untuk mengawal selia prosiding jawatankuasa;

(h)

untuk menetapkan fi yang kena dibayar bagi pendaftaran dan peperiksaan;

(i)

untuk menetapkan kelayakan pelajaran minimum bagi pendaftaran sebagai seorang pembantu hospital estet dalam percubaan;

(j)

untuk menetapkan apa-apa perkara yang boleh ditetapkan di bawah Akta ini.

12 Undang-Undang Malaysia AKTA 435

Orang yang mempunyai kelayakan yang setara

Mana-mana orang yang memuaskan hati Lembaga bahawa dia telah pada permulaan kuat kuasa Akta ini lulus apa-apa peperiksaan yang pada pendapat Lembaga cukup untuk melayakkan dirinya didaftarkan sebagai seorang pembantu hospital estet di bawah Akta ini adalah atas permohonan yang dibuat olehnya di bawah seksyen 3, berhak didaftarkan di bawah Akta ini.

(Ditinggalkan).

13

Akta 435

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk Ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta 50

Akta Perubatan 1971 1-10-1971

Akta 160

Akta Mata Wang Malaysia (Ringgit)

1975 29-8-1975

14

Akta 435

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

4

Akta 160 29-08-1975

Common questions

What is Akta Pembantu Hospital Estet (Pendaftaran) 1965?
Akta Pembantu Hospital Estet (Pendaftaran) 1965 is Malaysia Act, cited as Act 435 1965, currently marked in force and first recorded in 1965.
Is Akta Pembantu Hospital Estet (Pendaftaran) 1965 still in force?
Yes — Akta Pembantu Hospital Estet (Pendaftaran) 1965 is currently in force.
When did Akta Pembantu Hospital Estet (Pendaftaran) 1965 take effect?
Akta Pembantu Hospital Estet (Pendaftaran) 1965 was first recorded in 1965.
How many sections does Akta Pembantu Hospital Estet (Pendaftaran) 1965 have?
Akta Pembantu Hospital Estet (Pendaftaran) 1965 contains 11 sections.
Where can I read the official version of Akta Pembantu Hospital Estet (Pendaftaran) 1965?
The official text of Akta Pembantu Hospital Estet (Pendaftaran) 1965 is published at lom.agc.gov.my.

Something wrong on this page?

If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.