3. Kuasa Datuk Bandar menjalankan skim perumahan di luar Perbandaran
Feedback & supportWalau apa pun apa-apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, Datuk Bandar hendaklah, jika diarahkan oleh Menteri berbuat demikian dan tertakluk kepada apa-apa arahan yang diberikan oleh Menteri, menjalankan skim perumahan di luar sempadan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur tetapi di dalam Negeri Selangor, di atas tanah dan dengan wang yang diperuntukkan bagi skim sedemikian oleh Kerajaan Malaysia.