Seksyen 3
Pemansuhan, peralihan dan kecualian
of Federal Territory of Labuan (Modification of Small Estates (Distribution) Act 1955) Order 2011
Ordinan Pentadbiran Anak Negeri dan Harta Pusaka Kecil
[Sabah Cap. 1] (kemudian daripada ini disebut “Ordinan yang dimansuhkan”), dalam pemakaiannya bagi Wilayah Persekutuan Labuan, dimansuhkan.
(2)
Semua perundangan subsidiari yang dibuat di bawah Ordinan yang dimansuhkan, dalam pemakaiannya bagi Wilayah Persekutuan Labuan, dibatalkan.
(3)
Apa-apa surat cara yang dilaksanakan di bawah Ordinan yang dimansuhkan sebelum Perintah ini mula berkuat kuasa dan yang menyentuh apa-apa urusan yang dibenarkan di bawah Ordinan yang dimansuhkan, hendakiah terus berkuat kuasa dan berkesan sepenuhnya di bawah Ordinan yang dimansuhkan seolah-olah Perintah ini tidak dibuat.
(4)
Mana-mana perintah atau prosiding yang masih belum selesai atau yang telah dimulakan di bawah Ordinan yang dimansuhkan sebelum Perintah ini mula berkuat kuasa, hendaklah diteruskan dan diselesaikan di bawah Ordinan yang dimansuhkan seolah-olah Perintah ini tidak dibuat.