Skip to content

Seksyen 27G

of Akta Kewangan 1995

ActIn forceProvision 33 of 37

Seksyen 27G

(1)

Menteri boleh memberi kelulusan berkenaan dengan permohonan bagi elaun cukai pelaburan yang dibuat di bawah seksyen 26G(1) tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat sebagaimana yang difikirkannya patut:

Dengan syarat bahawa jika Menteri berpuas hati bahawa syarikat itu telah melibatkan diri dalam suatu aktiviti atau telah selainnya melakukan perbelanjaan modal berhubungan dengannya, dari suatu tarikh sebelum tarikh yang aktiviti itu telah disifatkan sebagai suatu aktiviti digalakkan di bawah seksyen $ 4^{\mathrm{B}} $ , maka kelulusan itu boleh diberikan dengan kuatkuasa kebelakangan dari suatu tarikh yang tidak lebih awal dari 28hb Oktober 1994.

(2)

Menteri boleh mengubah terma-terma dan syarat-syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1).

(3)

Pada menjalankan kuasanya di bawah subseksyen (1) dan (2), Menteri hendaklah bertindak dengan persetujuan bertulis Menteri Kewangan.".