Akta Kewangan 2021 · As enacted · Bab VII · Pindaan Kepada Akta Penggalakan Pelaburan 1986
60. Pindaan seksyen 2
Feedback & supportAkta Penggalakan Pelaburan 1986, yang disebut “Akta ibu”
dalam Bab ini, dipinda dalam subseksyen 2(1)—
(a)
dalam takrif “syarikat penyelidikan dan kemajuan”, dengan menggantikan perkataan “yang menyediakan” dengan perkataan “yang diluluskan sebagai suatu syarikat bertaraf penyelidikan dan kemajuan di bawah seksyen 4h untuk menyediakan”; dan
(b)
dalam takrif “syarikat penyelidikan dan kemajuan kontrak”, dengan menggantikan perkataan “yang menyediakan”
dengan perkataan “yang diluluskan sebagai suatu syarikat bertaraf penyelidikan dan kemajuan di bawah seksyen 4h untuk menyediakan”.