Skip to content

Seksyen 63

Kecualian dan peralihan

of Akta Kewangan 2021

ActIn forceProvision 64 of 68
Seksyen 63
(1)

Jika suatu syarikat termasuk dalam takrif suatu syarikat penyelidikan dan kemajuan atau suatu syarikat penyelidikan dan kemajuan kontrak di bawah Akta ibu sebelum permulaan kuat kuasa Bab ini, syarikat itu hendaklah, pada permulaan kuat kuasa Bab ini, termasuk dalam takrif suatu syarikat penyelidikan dan kemajuan atau syarikat penyelidikan dan kemajuan kontrak di bawah Akta ibu sebagaimana dipinda oleh Bab ini bagi tempoh enam bulan dari tarikh permulaan kuat kuasa, yang bolehlah disebut sebagai “tempoh tangguh”.

(2)

Jika syarikat yang disebut dalam subseksyen (1) berhasrat untuk termasuk dalam takrif syarikat penyelidikan dan kemajuan atau syarikat penyelidikan dan kemajuan kontrak di bawah Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Bab ini selepas tamat tempoh tangguh, syarikat itu dalam tempoh tangguh, hendaklah membuat suatu pemberitahuan bagi pertimbangan Menteri menyatakan hasrat syarikat untuk termasuk dalam takrif syarikat penyelidikan dan kemajuan atau syarikat penyelidikan dan kemajuan kontrak di bawah Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh Bab ini.

(3)

Pada tarikh akhir tempoh tangguh, jika syarikat yang disebut dalam subseksyen (1) gagal untuk mengemukakan pemberitahuan yang disebut dalam subseksyen (2), syarikat itu hendaklah dengan serta-merta terhenti daripada termasuk dalam takrif syarikat penyelidikan dan kemajuan atau syarikat penyelidikan dan kemajuan kontrak di bawah Akta ibu sebagaimana yang dipinda oleh

Bab ini.