29. Pindaan seksyen 41a
Feedback & supportSeksyen 41a Akta ibu dipinda dengan menggantikan subseksyen (2) dengan subseksyen yang berikut:
“(2) Majlis Penasihat Kebangsaan bagi Taman Laut dan
Rizab Laut hendaklah terdiri daripada anggota yang berikut yang hendaklah dilantik oleh Menteri:
Ketua Setiausaha Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi perikanan;
seorang wakil Kerajaan Negeri yang berkenaan;
seorang wakil Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi kewangan;
seorang wakil Kementerian yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi alam sekeliling;
Undang-Undang Malaysia 28
seorang wakil Kementerian atau Agensi yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pelancongan;
seorang wakil Jabatan atau Agensi yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi keselamatan negara;
seorang wakil Jabatan Laut Malaysia;
seorang wakil Jabatan Perikanan Malaysia;
seorang wakil Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN);
seorang wakil universiti awam atau institut penyelidikan atau seorang yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman berhubung dengan hal penyelidikan;
seorang wakil pertubuhan bukan kerajaan;
seorang wakil taman-taman Negeri; dan
mana-mana anggota lain yang akan dilantik dari semasa ke semasa.”.