Skip to content
In forceUpdated to 1 Jun 2015Read it in English
Contents

Bahagian II · Majlis Juruanalisis Makanan Malaysia

10. Pengosongan jawatan

Jawatan seseorang anggota Majlis disifatkan telah dikosongkan jika—

(a)

dia mati;

(b)

pelantikannya ditamatkan;

(c)

dia menjadi bankrap;

14 Undang-Undang Malaysia AKTA 727

(d)

dia tidak sempurna akal;

(e)

telah dibuktikan terhadapnya, atau dia telah disabitkan atas, suatu pertuduhan berkenaan dengan—

(i)

suatu kesalahan yang melibatkan fraud, kecurangan atau keburukan akhlak;

(ii)

suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan rasuah; atau

(iii)

apa-apa kesalahan lain yang boleh dihukum dengan pemenjaraan (pemenjaraan sahaja atau sebagai tambahan kepada atau sebagai ganti denda) selama lebih daripada dua tahun;

(f)

peletakan jawatannya diterima oleh Menteri;

(g)

dia tidak menghadiri mesyuarat Majlis tiga kali berturut-turut tanpa kebenaran Majlis; atau

(h)

dalam hal seseorang anggota yang dilantik di bawah perenggan 7(1)(c) atau (d), dia tidak lagi menjadi juruanalisis makanan berdaftar.

Report

Bahagian III

Pendaftaran Juruanalisis Makanan

Bahagian IV

Tatatertib

Bahagian V

Analisis Makanan

Bahagian VI