Seksyen 1
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Wakil Negara Asing (Keistimewaan dan Kekebalan) 1967, dan hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Wakil Negara Asing (Keistimewaan dan Kekebalan) 1967 is Malaysia Act, cited as Act 541 1967, currently marked in force and first recorded in 1967.
AKTA PARLIMEN
No. 34 tahun 1967
AKTA WAKIL NEGARA ASING (KEISTIMEWAAN DAN KEKEBALAN) 1967
Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara, Kuala Lumpur, bagi FOREIGN REPRESENTATIVES (PRIVILEGES AND IMMUNITIES) ACT 1967. Melainkan dan sehingga ditetapkan sebagai saih di bawah seksyen 7 (1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 (Akta 32), ia bukannya perundangan.
MALAYSIA
Akta Parlimen
No. 34 tahun 1967
AKTA WAKIL NEGARA ASING (KEISTIMEWAAN DAN KEKEBALAN) 1967
Opening note
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Wakil Negara Asing (Keistimewaan dan Kekebalan) 1967, dan hendaklah terpakai di seluruh Malaysia.
Jika Yang di-Pertuan Agong berpuashati bahawa seseorang wakil Persekutuan yang ditauliahkan kepada atau ditempatkan di sesuatu negara asing diberikan apa-apa keistimewaan dan kekebalan yang dinyatakan dalam Konvensyen Vienna mengenai Hubungan Konsular dan Diplomatik, baginda boleh, berasaskan persalingan layanan, melalui perintah, menitahkan supaya wakil negara asing yang dinyatakan di dalam perintah itu, yang adalah seorang wakil yang ditauliahkan kepada atau ditempatkan di Persekutuan diberikan apa-apa keistimewaan dan kekebalan tersebut.
4
Perintah yang dibuat di bawah seksyen ini hendaklah berkuatkuasa walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis memperuntukkan sebaliknya.
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh ditafsirkan sebagai menghalang Yang di-Pertuan Agong dari menolak memberikan keistimewaan atau kekebalan kepada, atau dari menarikbalik keistimewaan atau kekebalan itu daripada, wakil mana-mana negara asing oleh sebab negara itu gagal memberikan keistimewaan dan kekebalan yang bersamaan kepada wakil-wakil Persekutuan.
Bagi maksud Akta ini, "wakil" ertinya seorang wakil selain daripada seorang wakil diplomatik dan konsular.
[Telah mendapat Persetujuan Diraja pada 20hb Julai 1967.]
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.