Skip to content
In forceAs enactedRead it in English

Bahagian I · Permulaan

27. Zon Perdagangan Bebas 19

Feedback & support
(1)

Sa-saorang pegawai kastam yang menangkap tanpa waran hendak-lah, dengan tidak lengah dan tertaklok kapada peruntokan Akta ini, tentang jaminan atau pelepasan yang terdahulu, membawa atau menghantar orang yang di-tangkap itu ka-hadapan Mahkamah Mejis-teret.

(2)

Tiada sa-saorang pegawai kastam boleh menahan dalam jagaan sa-saorang yang di-tangkap tanpa waran bagi sa-suatu tempoh yang lebeh lama daripada yang berpatutan memandang kapada hal keadaan kes itu; dan tempoh itu tidak boleh lebeh daripada.dua puloh empat jam tidak termasok masa yang perlu bagi perjalanan dari tempat tangkapan itu ka-Mahkamah Mejisteret..

(3)

Tiada sa-saorang yang telah di-tangkap oleh sa-saorang pegawai kastam boleh di-lepaskan kechuali atas bon-nya sendiri atau atas jaminan atau di-bawah suatu perentah khas bertulis oleh sa-orang Meyjisteret atau pegawai kanan kastam.

Report