Skip to content
In forceUpdated to 28 Aug 2018Read it in English

6. Pengemukaan penyata bagi tempoh bercukai terakhir dan pembayaran cukai barang dan perkhidmatan

Feedback & support
(1)

Walau apa pun seksyen 40 Akta yang dimansuhkan, apa-apa tempoh bercukai yang bermula sebelum tarikh yang ditetapkan dan berakhir selepas tarikh yang ditetapkan hendaklah disifatkan berakhir pada tarikh yang ditetapkan.

(2)

Orang yang berdaftar di bawah Akta yang dimansuhkan hendaklah—

(a)

mengemukakan penyata bagi semua pembekalan yang dibuat dalam tempoh bercukai yang disebut dalam subseksyen (1)

setakat tarikh yang ditetapkan; dan

Undang-Undang Malaysia 8

(b)

membayar amaun cukai barang dan perkhidmatan yang genap masa dan kena dibayar yang berhubungan dengan pembekalan itu, kepada Ketua Pengarah tidak lewat daripada satu ratus dua puluh hari dari tarikh yang ditetapkan.

Report