Skip to content
In forceUpdated to 1 Jan 2013Read it in English

Act of Parliament

Government Trustee Securities Act 1957

Feedback & supportTreating government loans as trustee securities in the United Kingdom

Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged

s 1Tajuk ringkas

Akta ini bolehlah dinamakan Akta Sekuriti Pemegang Amanah

Kerajaan 1957.

s 2Tafsiran

Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“Akta-Akta Saham Kolonial” ertinya Akta-Akta Parlimen Imperial yang dikenali sebagai Akta-Akta Saham Kolonial 1877 hingga 1948

[40 dan 41 Vict. C. 59; 55 dan 56 Vict. C. 35, 63 dan 64 Vict. C. 62;

24 dan 25 Geo. 5 c.47];

“Crown Agents” ertinya orang atau orang-orang yang sedang bertindak sebagai Crown Agents bagi Kerajaan dan Pentadbiran Luar

Negeri di England atau mana-mana satu daripadanya.

6 Undang-Undang Malaysia AKTA 426

s 3Pemakaian Akta

Akta ini hendaklah terpakai bagi semua sekuriti yang sehingga kini diwujudkan atau dikeluarkan atau disifatkan telah diwujudkan atau dikeluarkan bagi pihak Kerajaan Malaysia atau kemudian daripada ini diwujudkan atau dikeluarkan bagi pihak Kerajaan

Malaysia yang baginya Akta-Akta Saham Kolonial sedang terpakai dan yang sedang didaftarkan di United Kingdom mengikut Akta-Akta tersebut, setiap satu dan kesemua sekuriti itu kemudian daripada ini disebut sebagai “sekuriti Kerajaan Persekutuan”.

Dengan syarat bahawa Akta ini tidak terpakai bagi sekuriti yang dikeluarkan selepas Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 [Akta 403]

mula berkuat kuasa.

(1)

Apabila menurut penghakiman muktamad, dekri, kaedah atau perintah mana-mana mahkamah yang mempunyai bidang kuasa kompeten di United Kingdom, apa-apa jumlah wang diputuskan atau ditetapkan kena dibayar oleh Kerajaan Malaysia berkenaan dengan mana-mana sekuriti Kerajaan Persekutuan, Kerajaan hendaklah dengan serta-merta membayar jumlah wang itu daripada kumpulan wang milik Kerajaan yang dipegang oleh Crown Agents, tanpa peruntukan lanjut selain Akta ini.

(2)

Bagi maksud seksyen ini “penghakiman muktamad, dekri, kaedah atau perintah” ertinya dalam hal rayuan penghakiman muktamad, dekri, kaedah atau perintah mahkamah terakhir yang mendengar rayuan itu.

s 5Perakuan oleh Crown Agents

Bagi membolehkan tiap-tiap pembayaran itu dibuat dengan sempurnanya, suatu perakuan yang ditandatangani oleh Crown

Agents, yang menyatakan jumlah wang yang telah dibayar di bawah

Sekuriti Pemegang Amanah Kerajaan 7

perintah mana-mana mahkamah sedemikian, adalah kuasa yang mencukupi untuk Ketua Audit Negara atau pegawai lain yang mengaudit akaun mereka bagi meluluskan jumlah wang itu tanpa peruntukan lanjut.

s 6Perundangan tertentu akan dipersetujui dengan Kerajaan United Kingdom

Perundangan yang didapati oleh Kerajaan Baginda Queen di

United Kingdom mengubah mana-mana peruntukan yang menyentuh sekuriti Kerajaan yang akan menjejaskan pemegang atau melibatkan penyimpangan daripada kontrak asal mengenai sekuriti tersebut, tidak boleh dikemukakan untuk diperkenankan kecuali selepas persetujuan dengan Kerajaan Baginda Queen di United Kingdom, dan jika mana-mana perundangan seperti yang tersebut dahulu menarik perhatian

Kerajaan Malaysia, Kerajaan Malaysia hendaklah mengambil langkah-langkah perlu untuk memastikan pindaan sebagaimana yang diminta oleh Kerajaan Baginda Queen di United Kingdom.

s 7Section 7

(Ditinggalkan).

8

SENARAI PINDAAN

Undang-undang yang meminda

Tajuk Ringkas

Berkuat kuasa dari

Akta 22/1963

Akta Pinjaman Luar Negeri 1963 15-6-1963

9

SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA

Seksyen

Kuasa meminda

Berkuat kuasa dari

3

Akta 22/1963 15-06-1963