Seksyen 17
Seksyen 17
Penjaga harta budak boleh membuat peruntukan munasabah daripada pendapatan dari harta itu bagi nafkah dan pelajarannya, dengan memberi perhatian kepada taraf kehidupannya; tetapi jumlah wang yang melebihi tiga ratus ringgit bagi sebulan tidak boleh digunakan tanpa izin Mahkamah atau Hakim.
(2)
Jika pendapatan dari harta budak itu yang berada dalam tangan penjaga adalah tidak mencukupi bagi maksud itu, atau wang dikehendaki bagi kemajuan budak itu, Hakim boleh perintah bahawa peruntukan bagi maksud itu dibuat daripada modal harta budak itu, dan bagi maksud itu boleh memberikuasa untuk menjual, menggadai atau menggadai-janji mana-mana bahagian harta budak itu dan memberi arahan-arahan mengenainya sebagaimana yang difikirkan perlu bagi kepentingan budak itu.