Skip to content

Seksyen 32

Pengkompaunan kesalahan

of Akta Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 2003

ActIn forceProvision 32 of 37
Seksyen 32
(1)

Datuk Bandar atau mana-mana pegawai yang diberi kuasa secara khas dengan bertulis oleh Datuk Bandar bagi maksud itu boleh dengan keizinan Pendakwa Raya mengkompaunkan mana-mana kesalahan yang dilakukan di bawah Akta ini dan ditetapkan sebagai kesalahan yang boleh dikompaunkan dengan membuat suatu tawaran bertulis kepada orang yang disyaki telah melakukan kesalahan itu untuk mengkompaunkan kesalahan itu apabila dibayar kepada Datuk

Bandar sejumlah wang yang tidak melebihi jumlah maksimum denda bagi kesalahan itu dalam tempoh yang dinyatakan dalam tawaran itu.

(2)

Sesuatu tawaran di bawah subseksyen (1) boleh dibuat pada bila-bila masa selepas kesalahan itu dilakukan tetapi sebelum apa-apa pendakwaan baginya dimulakan, dan jika jumlah yang dinyatakan dalam tawaran itu tidak dibayar dalam tempoh yang dinyatakan dalam tawaran itu atau dalam apa-apa tempoh lanjutan sebagaimana yang dibenarkan oleh Datuk Bandar atau pegawai yang diberi kuasa secara khas itu, pendakwaan terhadap kesalahan itu boleh dimulakan pada bila-bila masa selepas itu terhadap orang yang kepadanya tawaran itu telah dibuat.

(3)

Jika suatu kesalahan telah dikompaunkan di bawah subseksyen (1), tiada pendakwaan boleh dimulakan selepas itu berkenaan dengan kesalahan itu terhadap orang yang kepadanya tawaran untuk mengkompaun telah dibuat dan apa-apa benda yang disita berkaitan dengan kesalahan itu hendaklah dilepaskan, tertakluk kepada apa-apa terma dan syarat yang ditetapkan.

Hotel (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 25

(4)

Kesemua wang yang diterima di bawah seksyen ini hendaklah dibayar kepada kumpulan wang yang diwujudkan di bawah mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan kerajaan tempatan.