Act of Parliament · Updated to 21 Nov 2024
Akta Perbadanan (Kekompetenan Badan Perundangan Negeri) 1962
Feedback & supportState powers to make laws on incorporating certain persons and bodiesOfficial textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
s 1Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa
Akta ini bolehlah dinamakan
Akta
Pemerbadanan
(Kewibawaan Badan Perundangan Negeri) 1962 dan hendaklah disifatkan telah mula berkuat kuasa pada Hari Merdeka.
s 2Tafsiran
Dalam Akta ini—
“undang-undang Negeri yang sedia ada” ertinya mana-mana undang-undang yang diperbuat oleh mana-mana Badan Perundangan sesuatu Negeri dan yang berkuat kuasa di dalam Negeri itu sebaik sebelum Hari Merdeka;
“Menteri” ertinya Perdana Menteri atau mana-mana Menteri sebagaimana yang dinamakan olehnya.
6 Undang-Undang Malaysia AKTA 380
s 3Badan Perundangan Negeri diberi kuasa untuk membuat undang-undang yang berhubungan dengan pemerbadanan orang dan badan tertentu
Maka adalah dalam kuasa Badan Perundangan sesuatu Negeri, berhubung dengan apa-apa perkara yang dinyatakan dalam Jadual
Pertama, untuk membuat undang-undang berkenaan dengan pemerbadanan mana-mana orang atau badan di dalam Negeri itu, dan bagi apa-apa perkara yang bersampingan dan berbangkit berhubung dengannya (termasuk peraturan dan penggulungan mana-mana orang atau badan yang telah diperbadankan sedemikian) sebagaimana yang difikirkan perlu oleh Badan Perundangan itu; dan Badan Perundangan itu boleh dari semasa ke semasa meminda atau memansuhkan mana-mana undang-undang sedemikian:
Dengan syarat bahawa berkenaan dengan pemerbadanan mana-mana orang atau badan di dalam Negeri itu bagi maksud pembangunan pertanian atau pembangunan perumahan atau bagi maksud pembangunan kawasan bandar atau luar bandar, peruntukan khas yang ditetapkan dalam Jadual Kedua bersama-sama ini hendaklah berkuat kuasa.
Jadual Kedua terpakai bagi semua perbadanan yang ditubuhkan bagi pembangunan kawasan bandar atau luar bandar
s 3ASection 3A
Walau apa pun proviso kepada seksyen 3, peruntukan khas yang ditetapkan dalam Jadual Kedua, kecuali perenggan 2 Jadual itu, hendaklah juga mempunyai kuat kuasa berkenaan dengan Perbadanan yang ditubuhkan di dalam Negeri itu bagi maksud pembangunan pertanian atau pembangunan perumahan atau bagi maksud pembangunan kawasan bandar atau luar bandar sebelum permulaan kuat kuasa Jadual itu.
s 4Pindaan undang-undang sedia ada
Jika mana-mana undang-undang Negeri yang sedia ada mengadakan peruntukan, berhubung dengan apa-apa perkara yang dinyatakan dalam
Jadual Pertama, bagi pemerbadanan mana-mana orang atau badan, adalah dalam kuasa Badan Perundangan Negeri untuk meminda atau memansuhkan undang-undang itu.
Pemerbadanan (Kewibawaan Badan Perundangan Negeri) 7
s 5Kuat kuasa undang-undang Negeri
Mana-mana orang atau badan yang diperbadankan dengan sewajarnya oleh atau di bawah suatu Enakmen Negeri, sama ada diluluskan sebelum atau selepas tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini, atau oleh atau di bawah suatu Enakmen Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu, dan mana-mana orang atau badan yang diperbadankan di bawah mana-mana Ordinan Negeri-Negeri Selat dan yang berkuat kuasa di dalam Negeri Melaka atau Pulau Pinang sebaik sebelum tarikh permulaan kuat kuasa Akta ini hendaklah, selagi Enakmen atau
Ordinan itu kekal berkuat kuasa, bagi segala maksud disifatkan sebagai pertubuhan perbadanan di seluruh Malaysia, seolah-olah Enakmen atau
Ordinan yang mewujudkan pertubuhan perbadanan itu telah diperbuat oleh Parlimen.
s 6Kecualian
Tiada apa-apa jua dalam Akta ini boleh menyentuh kuasa Parlimen untuk membuat undang-undang berkenaan dengan pemerbadanan, peraturan dan penggulungan perbadanan.
s 7Kuasa untuk meminda Jadual
Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah menambah atau meminda Jadual Pertama dan Kedua.
s 8Section 8
(Ditinggalkan).
8 Undang-Undang Malaysia AKTA 380