Skip to content

Seksyen 6

Sekatan ke atas iklan

of Akta Iklan Lucah 1953

ActIn forceProvision 6 of 9
Seksyen 6

(2)

Seseorang tidak boleh mengemukakan atau mengesyorkan kepada orang awam melalui apa-apa notis atau iklan, atau melalui apa-apa kertas atau surat sebaran bertulis atau bercetak, atau melalui apa-apa label atau perkataan bertulis atau bercetak, dilekatkan kepada atau dihantar bersama apa-apa bungkusan, kotak, botol kecil atau sesuatu bekas yang mengandunginya, apa-apa pil, kapsul, serbuk, tablet hisap, tinktur, ubat minum, kordial, electuary, plaster, unguent, salves, ointmen, titis, losen , minyak, spirit, herba dan air berubat, apa jua sediaan kimia dan officinal yang digunakan atau dipakai di luar atau di dalam sebagai ubat atau bahan ubat bagi mencegah, menyembuh atau melegakan penyakit venereus:

Dengan syarat bahawa tiada apa-apa jua dalam seksyen ini terpakai bagi sesuatu iklan, pemberitahuan, pengumuman, sokongan atau pengemukaan yang dibuat atau diterbitkan oleh Kerajaan

Malaysia atau mana-mana Kerajaan Negeri atau oleh sesuatu pihak berkuasa tempatan atau awam atau terhadap sesuatu terbitan yang dikirim hanya kepada pengamal perubatan berdaftar atau ahli farmasi berdaftar atau peniaga borong bagi maksud perniagaan mereka.

(3)

Dalam seksyen ini dan dalam seksyen 5 “penyakit venereus”

ertinya sifilis, gonorea, soft chancre atau bubo (lymphogranuloma inguinale).