Seksyen 1
(1)
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Persatuan Pembangunan
Antarabangsa 1960.
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Akta Persatuan Pembangunan Antarabangsa 1960 is Malaysia Act, cited as Act 431 1960, currently marked in force and first recorded in 1960.
MALAYSIA
VERSI ATAS TALIAN TEKS CETAKAN SEMULA
YANG KEMAS KINI
Akta 431
AKTA PERSATUAN
PEMBANGUNAN
Sebagaimana pada 1 Disember 2011
Teks ini HANYALAH TERJEMAHAN oleh Jabatan Peguam Negara, Kuala Lumpur, bagi
International Development Association Act 1960 sebagaimana disemak dalam tahun 1990. Melainkan dan sehingga ditetapkan sebagai sahih di bawah subseksyen 7(1) Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67
[Akta 32], ia bukannya perundangan.
2
Pertama kali diperbuat … … 1960 (Ord. No. 19 of 1960)
Disemak … … … …
1990 (Akta 431 m.b.p 31 Mac 1990)
3
Akta 431
Opening note
(1)
Akta ini bolehlah dinamakan Akta Persatuan Pembangunan
Antarabangsa 1960.
Dalam Akta ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain―
“Bank” ertinya Bank Antarabangsa bagi Pembentukan Semula dan
Pembangunan yang ditubuhkan menurut Perkara-Perkara Perjanjian yang dibuat dalam Persidangan Kewangan Bangsa-Bangsa Bersatu yang diadakan di Bretton Woods di New Hampshire, Amerika
Syarikat pada Julai 1944;
6
Undang-Undang Malaysia
AKTA 431
“mata wang boleh tukar secara bebas” ertinya apa-apa mata wang yang disifatkan boleh tukar secara bebas mengikut perenggan 2(f)
Perkara II Perjanjian;
“Perjanjian”
ertinya
Perkara-Perkara
Perjanjian
Persatuan sebagaimana yang diluluskan oleh Pengarah-Pengarah Eksekutif
Bank pada 26 Januari 1960;
“Persatuan” ertinya Persatuan Pembangunan Antarabangsa yang ditubuhkan melalui Perjanjian.
Pemberikuasaan Menandatangani Perjanjian
Yang di-Pertuan Agong adalah dengan ini diberi kuasa melalui surat cara di bawah tandatangannya untuk memberi kuasa kepada mana-mana orang sebagaimana yang dinamakan dalam surat cara itu, bagi pihak Kerajaan Malaysia―
untuk menyimpan di Bank suatu surat cara penerimaan
Perjanjian itu yang menyatakan bahawa Kerajaan
Malaysia telah menerima Perjanjian itu mengikut undang-undangnya dan telah mengambil segala langkah yang perlu untuk membolehkan
Kerajaan
Malaysia menjalankan semua obligasinya di bawah Perjanjian tersebut.
Yuran kepada Persatuan
(1)
Maka hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan
Wang Disatukan apa-apa bahagian yuran Malaysia kepada Persatuan yang dinyatakan dalam Bahagian II Jadual A Perjanjian sebagaimana yang, mengikut seksyen 2 Perkara II Perjanjian, kena dibayar dengan emas atau dengan mata wang boleh tukar secara bebas, atau dengan mata wang Malaysia.
Tertakluk kepada seksyen 5, maka hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang Disatukan mana-mana bahagian apa-apa penambahan dalam yuran Malaysia kepada
Persatuan Pembangunan Antarabangsa
7
Persatuan sebagaimana yang, menurut perenggan 1(b) Perkara III
Perjanjian, kena dibayar dengan emas atau dengan mata wang boleh ditukar secara bebas, atau dengan mata wang Malaysia.
Kelulusan Dewan Rakyat mengenai yuran tambahan kepada
Persatuan
Bila masa jua apa-apa penambahan dalam yuran Malaysia kepada
Persatuan dibenarkan menurut seksyen 1 Perkara III Perjanjian, tiada amaun boleh disumbangkan berkenaan dengannya kecuali dengan kelulusan terlebih dahulu yang ditandakan melalui ketetapan, daripada Dewan Rakyat.
Pengeluaran nota tak boleh niaga dan nota tanpa bunga
Menteri Kewangan adalah dengan ini diberi kuasa, bagi pihak
Kerajaan, untuk mewujudkan dan mengeluarkan kepada Persatuan, dalam apa-apa bentuk sebagaimana yang difikirkannya patut, apa-apa nota tanpa bunga dan nota tak boleh niaga atau obligasi yang seumpamanya sebagaimana yang Persatuan boleh―
di bawah perenggan 2(e) Perkara II Perjanjian, menerima daripada Kerajaan sebagai ganti apa-apa mata wang
Malaysia yang dibayar atau yang kena dibayar oleh
Kerajaan di bawah perenggan 2(d) Perkara II Perjanjian atau di bawah seksyen 2 Perkara IV Perjanjian; atau
menurut perenggan 1(b)
Perkara
III
Perjanjian, memutuskan untuk menerima sebagai ganti apa-apa mata wang Malaysia berhubungan dengan apa-apa penambahan dalam yuran Malaysia kepada Persatuan.
Pertanggungan bayaran lain kepada Persatuan
Maka hendaklah dipertanggungkan kepada Kumpulan Wang
Disatukan―
semua jumlah wang yang kena dibayar oleh Malaysia kepada Persatuan di bawah perenggan 2(a) Perkara IV
8
Undang-Undang Malaysia
AKTA 431
Perjanjian (yang berhubungan dengan perubahan pada nilai tara atau nilai pertukaran asing bagi mata wang anggota);
semua jumlah wang yang dikehendaki bagi penebusan apa-apa nota atau obligasi yang diwujudkan dan dikeluarkan kepada Persatuan di bawah seksyen 6;
apa-apa jumlah wang yang kena dibayar oleh Malaysia kepada Persatuan di bawah perenggan 4 (c)(i) Perkara VII
Perjanjian (yang berhubungan dengan pengunduran anggota daripada Persatuan).
Penerimaan
Semua jumlah wang yang diterima oleh atau bagi pihak Kerajaan
Malaysia daripada Persatuan hendaklah dibayar ke dalam Kumpulan
Wang Disatukan.
Perintah bagi menguatkuasa Perjanjian
(1)
Yang di-Pertuan Agong boleh melalui perintah membuat apa-apa peruntukan sebagaimana yang dia fikirkan semunasabahnya perlu bagi menguatkuasakan mana-mana peruntukan Perjanjian berhubungan dengan taraf, kekebalan dan keistimewaan Persatuan dan gabenor-gabenor, pengarah-pengarah eksekutif, anggota silih ganti, pegawai dan pekerja mereka masing-masingnya.
Tanpa menjejaskan keluasan subseksyen (1), apa-apa perintah yang dibuat di bawah subseksyen itu boleh mengisytiharkan bahawa mana-mana peruntukan tertentu dalam Perjanjian hendaklah mempunyai kuat kuasa undang-undang di Malaysia.
________________________________
9
Akta 431
SENARAI PINDAAN
Undang-undang yang meminda
Tajuk ringkas
Berkuat kuasa dari
TIADA
10
Akta 431
SENARAI SEKSYEN YANG DIPINDA
Seksyen
Kuasa meminda
Berkuat kuasa dari
TIADA
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.