Skip to content

Seksyen 15

of Akta Rapid Transit System Link Johor Bahru-Singapura 2026

ActIn forceProvision 15 of 28

Seksyen 15

(1)

Jika suatu insiden rentas sempadan atau apa-apa insiden lain yang melibatkan pelakuan suatu kesalahan di bawah mana-mana undang-undang bertulis Malaysia atau

Republik Singapura berlaku atau telah berlaku di atas lintasan

Rapid Transit System Link di antara Tiang 47 dan Tiang 48

atau di atas landasan Rapid Transit System Link di antara Tiang 47

dan Tiang 48, Kerajaan yang pegawai pengurusan insiden rentas sempadannya yang pertama tiba di tempat kejadian insiden rentas sempadan itu hendaklah bertanggungjawab untuk menguruskan insiden rentas sempadan itu.

(2)

Bagi maksud seksyen ini, jika suatu insiden rentas sempadan berlaku atau telah berlaku di atas lintasan Rapid Transit System

Link di antara Tiang 47 dan Tiang 48 atau di atas landasan

Rapid Transit System Link di antara Tiang 47 dan Tiang 48, pegawai pengurusan insiden rentas sempadan mana-mana Kerajaan yang pertama tiba di tempat kejadian insiden rentas sempadan boleh memulakan operasi tindak balas kecemasan.

Rapid Transit System Link Johor Bahru-Singapura 25