Akta Rapid Transit System Link Johor Bahru-Singapura 2026 · As enacted · Bahagian VI · Bidang Kuasa Jenayah
20. Bidang kuasa jenayah berkenaan dengan kesalahan yang dilakukan di kawasan ditetapkan di Stesen Woodlands North
Feedback & supportKerajaan Malaysia boleh menjalankan bidang kuasa jenayahnya berhubung dengan apa-apa perbuatan atau peninggalan yang merupakan suatu kesalahan di bawah undang-undang bertulis
Malaysia sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual yang dilakukan berkaitan dengan fungsi pelepasan kastam, imigresen dan kuarantin dan fungsi keselamatan di kawasan ditetapkan di Stesen Woodlands North.