Akta Rapid Transit System Link Johor Bahru-Singapura 2026 · As enacted · Bahagian I · Permulaan
3. Pemakaian
Feedback & supportAkta ini hendaklah terpakai—
(a)
bagi tempoh semasa Perjanjian-Perjanjian berkuat kuasa;
(b)
bagi pegawai penguat kuasa Malaysia yang melaksanakan tugas rasmi di kawasan ditetapkan di Stesen Woodlands North;
(c)
bagi pegawai penguat kuasa Republik Singapura yang melaksanakan tugas rasmi di kawasan ditetapkan di Stesen Bukit Chagar; dan
(d)
bagi pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Malaysia dan pegawai pengurusan insiden rentas sempadan Republik
Singapura yang melaksanakan tugas pengurusan insiden berkenaan dengan suatu insiden rentas sempadan.