Seksyen 2
Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain
of Kaedah-Kaedah Buruh (Penggajian Kanak-Kanak dan Orang Muda) (Sabah) 2012
P.U. (A)In forceProvision 2 of 6
Seksyen 2
“hiburan awam” ertinya hiburan yang orang ramai atau mana-mana bahagian orang ramai dibenarkan masuk dan termasuklah persembahan untuk membuat filem atau iklan untuk pameran awam selain filem berita tetapi tidak termasuk apa-apa hiburan yang diberi oleh murid-murid mana-mana sekolah yang didaftarkan di bawah
Akta Pendidikan 1996 [Akta 550] di sekolah itu atau di bawah naungan sekolah itu atau apa-apa hiburan yang dianjurkan oleh sesuatu badan sukarela, sosial atau kebajikan yang telah diluluskan oleh Pengarah.