Malaysia legislation

Section 2

of KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN BERHUBUNG DENGAN YURAN KESETIAUSAHAAN DAN YURAN PEMFAILAN CUKAI) 2014

Seksyen 2

(1)

Bagi maksud menentukan pendapatan larasan orang yang bermastautin di Malaysia daripada perniagaannya dalam tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, suatu potongan hendaklah dibenarkan bagi perbelanjaan yang berikut:

(a)

yuran kesetiausahaan yang dikenakan berkenaan dengan perkhidmatan kesetiausahaan yang diberikan oleh seorang setiausaha syarikat yang berdaftar di bawah Akta Syarikat 1965

[Akta 125] untuk mematuhi kehendak statutori di bawah Akta itu, yang dilakukan dan dibayar oleh orang itu dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu; dan

P.U. (A) 336 3

(b)

yuran pemfailan cukai yang dikenakan oleh seseorang ejen cukai yang diluluskan di bawah Akta atau Akta Cukai Barang dan

Perkhidmatan 2014 [Akta 762] yang dilakukan dan dibayar oleh orang itu dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu berkenaan dengan―

(i)

penyediaan dan pengemukaan borang nyata dalam borang yang ditetapkan bagi maksud seksyen 77, 77A, 77B, 83 dan 86 Akta bagi tempoh asas bagi tahun taksiran sebaik sebelum tahun taksiran itu; dan

(ii)

penyediaan dan pengemukaan borang yang ditetapkan bagi maksud seksyen 107C Akta atau penyata dalam borang yang ditetapkan bagi maksud seksyen 41 Akta Cukai Barang dan Perkhidmatan 2014 dalam tempoh asas bagi tahun taksiran itu.

(2)

Jumlah amaun potongan yang dibenarkan di bawah perenggan (1)(a)

tidak boleh melebihi lima ribu ringgit bagi suatu tahun taksiran.

(3)

Jumlah amaun potongan yang dibenarkan di bawah perenggan (1)(b)

tidak boleh melebihi sepuluh ribu ringgit bagi suatu tahun taksiran.

Dibuat 10 Disember 2014

[Perb.CR(8.20)116/1-138(2014)JLD.2(SK.5);LHDN01/35/(S)/42/51/286-48;

PN(PU2)80/LXXV]

DATO’ SERI AHMAD HUSNI BIN MOHAMAD HANADZLAH

Menteri Kewangan Kedua

[Akan dibentangkan di Dewan Rakyat menurut subseksyen 154(2) Akta Cukai Pendapatan 1967]

P.U. (A) 336 4

INCOME TAX ACT 1967

INCOME TAX (DEDUCTION FOR EXPENSES IN RELATION TO SECRETARIAL FEE AND

TAX FILING FEE) RULES 2014