Seksyen 1
(1)
Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan
Kaedah-Kaedah
Cukai
Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan ke atas Terbitan Debentur Runcit dan
Sukuk Runcit) 2019.
The full official text, structured for quick navigation. Copy any provision or jump straight to a section.
Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan ke Atas Terbitan Debentur Runcit dan Sukuk Runcit) 2019 is Malaysia P.U. (A), cited as P.U. (A) 117 2019, currently marked in force and first recorded in 2019.
P.U. (A) 117
WARTA KERAJAAN PERSEKUTUAN
FEDERAL GOVERNMENT
GAZETTE
KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN
BAGI PERBELANJAAN KE ATAS TERBITAN DEBENTUR
RUNCIT DAN SUKUK RUNCIT) 2019
INCOME TAX (DEDUCTION FOR EXPENDITURE ON
ISSUANCE OF RETAIL DEBENTURE AND RETAIL SUKUK)
RULES 2019
DISIARKAN OLEH/
JABATAN PEGUAM NEGARA/
ATTORNEY GENERAL’S CHAMBERS
P.U. (A) 117 2
AKTA CUKAI PENDAPATAN 1967
KAEDAH-KAEDAH CUKAI PENDAPATAN (POTONGAN BAGI PERBELANJAAN KE ATAS
TERBITAN DEBENTUR RUNCIT DAN SUKUK RUNCIT) 2019
Opening note
Kaedah-kaedah ini bolehlah dinamakan
Kaedah-Kaedah
Cukai
Pendapatan (Potongan bagi Perbelanjaan ke atas Terbitan Debentur Runcit dan
Sukuk Runcit) 2019.
Potongan
Bagi maksud menentukan pendapatan larasan suatu syarikat yang bermastautin di Malaysia daripada perniagaannya bagi tempoh asas bagi suatu tahun taksiran, hendaklah dibenarkan sebagai potongan suatu amaun bersamaan dengan jumlah amaun yang dinyatakan dalam subkaedah (6) atau (7), mengikut mana-mana yang berkenaan, berkenaan dengan perbelanjaan tambahan yang dilakukan oleh syarikat itu ke atas terbitan—
debentur runcit yang diluluskan atau dibenarkan oleh
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di bawah Akta Pasaran Modal dan
Perkhidmatan 2007 [Akta 671];
sukuk runcit yang distruktur menurut prinsip Murabahah atau
Bai’ Bithaman Ajil (berasaskan konsep Tawarruq), Mudharabah,
Musyarakah, Istisna’ atau mana-mana prinsip Shariah selain prinsip yang disebut dalam perenggan (c), yang diluluskan atau
P.U. (A) 117 3
dibenarkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di bawah
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007; dan
sukuk runcit yang distruktur menurut prinsip Ijarah, atau
Wakalah yang terdiri daripada komponen gabungan aset dan hutang, yang diluluskan atau dibenarkan oleh
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.
Perbelanjaan tambahan yang disebut dalam subkaedah (1) ialah—
fi profesional yang berhubungan dengan usaha wajar, penggubalan dan penyediaan prospektus;
Debentur runcit yang disebut dalam perenggan (1)(a) ialah apa-apa debentur yang diterbitkan atau ditawarkan kepada pelabur runcit dan termasuklah debentur yang suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli debentur diterbitkan kepada pelabur runcit.
P.U. (A) 117 4
Sukuk runcit yang disebut dalam perenggan (1)(b) dan (c) ialah apa-apa sukuk yang diterbitkan atau ditawarkan kepada pelabur runcit dan termasuklah sukuk yang suatu pelawaan untuk melanggan atau membeli sukuk diterbitkan kepada pelabur runcit.
Pelabur runcit yang disebut dalam subkaedah (3) dan (4) ialah mana-mana orang selain—
orang yang kepadanya suatu penawaran terkecuali atau pelawaan terkecuali dibuat sebagaimana yang dinyatakan dalam
Bahagian I
orang yang kepadanya suatu terbitan terkecuali dibuat sebagaimana yang dinyatakan dalam Bahagian I Jadual 7 kepada
Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.
Jumlah amaun potongan yang dibenarkan di bawah perenggan (1)(a)
atau (b) hendaklah bersamaan dengan dua kali amaun perbelanjaan tambahan yang dibenarkan di bawah Kaedah-Kaedah ini.
Jumlah amaun potongan yang dibenarkan di bawah perenggan (1)(c)
hendaklah bersamaan dengan amaun perbelanjaan tambahan yang dibenarkan di bawah Kaedah-Kaedah ini.
Dalam kaedah ini—
“debentur runcit” mempunyai erti yang diberikan kepada takrif
“debentur” dalam Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007;
P.U. (A) 117 5
“sukuk runcit” mempunyai erti yang diperuntukkan dalam garis panduan yang berhubungan dengan sukuk runcit yang dikeluarkan oleh
Suruhanjaya Sekuriti Malaysia di bawah seksyen 377 Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007.
Dibuat 22 April 2019
[Perb. CR(8.09)681/2-61(SJ.18)JLD.17 LHDN.AY.A600-12/1/7(29)-8; PN(PU2)80/XCIV]
LIM GUAN ENG
Menteri Kewangan
[Akan dibentangkan di
Dewan
Rakyat menurut subseksyen 154(2)
Akta Cukai Pendapatan 1967]
P.U. (A) 117 6
INCOME TAX ACT 1967
INCOME TAX (DEDUCTION FOR EXPENDITURE ON ISSUANCE OF RETAIL DEBENTURE
AND RETAIL SUKUK) RULES 2019
Opening note
These rules may be cited as the Income Tax (Deduction for Expenditure on Issuance of Retail Debenture and Retail Sukuk) Rules 2019.
For the purposes of ascertaining the adjusted income of a company resident in Malaysia from its business for the basis period for a year of assessment, there shall be allowed as a deduction an amount equivalent to the total amount specified in subrule (6) or (7), as the case may be, in respect of the additional expenses incurred by the company on the issuance of—
a retail debenture approved or authorized by the
Securities Commission Malaysia under the Capital Markets and
Services Act 2007 [Act 671];
a retail sukuk structured pursuant to the principle of Murabahah or
Bai’ Bithaman Ajil (based on the concept of Tawarruq),
Mudharabah, Musyarakah, Istisna’ or any Shariah principle other than the principle mentioned in paragraph (c), approved or authorized by the Securities Commission Malaysia under the
Capital Markets and Services Act 2007; and
P.U. (A) 117 7
a retail sukuk structured pursuant to the principle of Ijarah, or
Wakalah comprising a mixed component of asset and debt, approved or authorized by the Securities Commission Malaysia under the Capital Markets and Services Act 2007.
The additional expenses referred to in subrule (1) shall be—
the professional fee relating to due diligence, drafting and preparation of prospectus;
The retail debenture referred to in paragraph (1)(a) shall be any debenture that is issued or offered to a retail investor and includes a debenture where an invitation to subscribe or purchase the debenture is issued to the retail investor.
The retail sukuk referred to in paragraphs (1)(b) and (c) shall be any sukuk that is issued or offered to a retail investor and includes a sukuk where an invitation to subscribe or purchase the sukuk is issued to the retail investor.
The retail investor referred to in subrules (3) and (4) shall be any person other than—
P.U. (A) 117 8
the Central Bank of Malaysia referred to in the Central Bank of
Malaysia Act 2009 [Act 701];
a person to whom an excluded offer or excluded invitation is made as specified in Part I of Schedule 6 to the Capital Markets and
Services Act 2007; and
Schedule 7 to the Capital Markets and Services Act 2007.
(6)
The total amount of deduction allowed under paragraph (1)(a) or (b) shall be equivalent to twice the amount of additional expenses allowed under these Rules.
(7)
The total amount of deduction allowed under paragraph (1)(c) shall be equivalent to the amount of additional expenses allowed under these Rules.
(8)
In this rule—
“retail debenture” has the meaning assigned to the definition of
“debenture” in the Capital Markets and Services Act 2007;
“retail sukuk” has the meaning as provided in the guidelines relating to retail sukuk issued by the Securities Commission Malaysia under section 377 of the
Capital Markets and Services Act 2007.
Made 22 April 2019
[Perb. CR(8.09)681/2-61(SJ.18)JLD.17 LHDN.AY.A600-12/1/7(29)-8; PN(PU2)80/XCIV]
LIM GUAN ENG
Minister of Finance
[To be laid before the Dewan Rakyat pursuant to subsection 154(2) of the
Income Tax Act 1967]
If one provision's text doesn't match the official source, use Suggest a fix beside that provision — it opens an editor next to the source document. For anything else — a missing amendment, a broken link, out-of-date content, or a removal request — report it here.