Skip to content

Seksyen 2

Dalam Kaedah-Kaedah ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain 

of Kaedah-Kaedah Cukai Pendapatan (Potongan Berhubungan Dengan Transaksi Dengan Bukanahli bagi Kelab, Persatuan atau Institusi Serupa) 2011

P.U. (A)In forceProvision 2 of 3
Seksyen 2

“belanja pasti atau perbelanjaan” ertinya perbelanjaan bagi jenis yang dibenarkan di bawah seksyen 33 Akta;

“bukan ahli”, berhubung dengan suatu kumpulan orang, ertinya orang yang tidak berhak untuk mengundi dalam suatu mesyuarat agung kumpulan itu di mana kawalan berkesan dijalankan terhadap hal ehwalnya;

“elaun modal” ertinya elaun modal yang dibuat di bawah Jadual 3 Akta berkenaan dengan aset yang diguna sama oleh ahli dan bukan ahli suatu orang;

“orang” ertinya suatu kumpulan orang yang mengendalikan suatu kelab, persatuan atau institusi serupa yang kepadanya seksyen 53A Akta adalah terpakai.

P.U. (A) 360 3