Skip to content

Seksyen 3A

of Kaedah-Kaedah Kenderaan Motor (Lesen Memandu) (Pindaan) 2012

P.U. (A)In forceProvision 4 of 9

Seksyen 3A

(1)

Seseorang pemegang lesen boleh memohon bagi pembaharuan lesen sebelum tarikh habis tempoh lesen itu.

(2)

Apabila permohonan dibuat bagi pembaharuan lesen, tarikh habis tempoh lesen hendaklah mengikut tarikh lahir pemegang lesen itu.

(3)

Jika permohonan bagi pembaharuan lesen telah dibuat, lesen yang ada itu bersama-sama dengan bukti pembayaran dan pembaharuan lesen itu adalah bukti yang mencukupi bahawa orang itu pemegang lesen yang sah.

Penyelarasan bagi tarikh habis tempoh lesen.