Skip to content

Seksyen 3

Kaedah 3 Kaedah-Kaedah ibu dipinda—

of Kaedah-Kaedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2017

P.U. (A)In forceProvision 3 of 45
Seksyen 3

(a)

dalam takrif “Jawatankuasa Tatatertib”, dengan memasukkan selepas perkataan “ertinya Jawatankuasa Tatatertib” perkataan “Lembaga”;

(b)

dengan menggantikan takrif “Ketua Jabatan” dengan takrif yang berikut:

‘ “Ketua Jabatan” ertinya mana-mana pegawai yang bertanggungjawab bagi sesuatu bahagian, jabatan, seksyen, unit, cawangan atau lokasi penempatan dan termasuklah mana-mana pegawai yang diberi kuasa

3

secara bertulis oleh Ketua Jabatan untuk menjalankan fungsi-fungsi

Ketua Jabatan;’;

(c)

dengan memasukkan selepas takrif “Lembaga” takrif yang berikut:

‘ “mahkamah” ertinya mahkamah, termasuklah Mahkamah Syariah, yang mempunyai bidang kuasa untuk membicarakan seseorang bagi sesuatu kesalahan jenayah;’;

(d)

dengan memasukkan selepas takrif “pegawai atau pengkhidmat” takrif yang berikut:

‘ “Pendaftar” termasuk Timbalan Pendaftar, Penolong Kanan Pendaftar atau Penolong Pendaftar sesuatu mahkamah’; dan

(e)

dengan memotong takrif “Pengurus Besar”.