Skip to content

Seksyen 44A

of Kaedah-Kaedah Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (Kelakuan dan Tatatertib) (Pindaan) 2017

P.U. (A)In forceProvision 39 of 45

Seksyen 44A

(1)

Jawatankuasa

Tatatertib

Lembaga boleh mengenakan hukuman turun pangkat ke atas seseorang pegawai atau pengkhidmat dengan—

(a)

menurunkan gred pegawai atau pengkhidmat itu ke satu gred yang lebih rendah dalam skim perkhidmatan yang sama; dan

(b)

menentukan gaji pegawai atau pengkhidmat itu mengikut subkaedah (2).

(2)

Gaji seseorang pegawai atau pengkhidmat yang dikenakan hukuman turun pangkat hendaklah ditentukan seperti yang berikut:

18

(a)

tertakluk kepada perenggan (b) dan (c), gaji pegawai atau pengkhidmat itu hendaklah dikurangkan terlebih dahulu sebanyak satu kenaikan gaji tahunan di gred sebelum turun pangkat dan jumlah itu hendaklah menjadi gaji pegawai atau pengkhidmat itu di gred turun pangkat;

(b)

sekiranya gaji pegawai atau pengkhidmat itu yang ditentukan di bawah perenggan (a) lebih tinggi daripada gaji maksimum di gred turun pangkat, gaji maksimum di gred turun pangkat itu hendaklah menjadi gaji pegawai atau pengkhimat itu di gred turun pangkat; atau

(c)

sekiranya gaji pegawai atau pengkhidmat itu yang ditentukan di bawah perenggan (a) lebih rendah daripada gaji minimum di gred turun pangkat, gaji minimum di gred turun pangkat itu hendaklah menjadi gaji pegawai atau pengkhidmat itu di gred turun pangkat.

(3)

Sekiranya hukuman turun pangkat digabungkan dengan hukuman turun gaji, kedua-dua hukuman itu hendaklah dilaksanakan serentak dan perenggan (2)(a), (b)

dan (c) hendaklah terpakai mengikut mana-mana yang berkenaan.

(4)

Hukuman turun pangkat tidak terpakai bagi pegawai lantikan terus dan lantikan kontrak.".

19

Pindaan kaedah 46