Skip to content

Seksyen 4

Permohonan bagi relief (A. 88A, k. 4)

of Kaedah-Kaedah Mahkamah (Pindaan) 2026

P.U. (A)In forceProvision 4 of 8
Seksyen 4

(1)

Suatu permohonan bagi relief di bawah seksyen 21 Akta oleh seseorang wakil asing hendaklah dibuat melalui notis permohonan.

(2)

Suatu permohonan bagi relief hendaklah disokong dengan suatu afidavit yang menyatakan—

(a)

alasan yang dicadangkan bahawa relief yang dipohon patut diberikan;

(b)

suatu anggaran nilai harta penghutang di Malaysia yang berkenaan dengannya relief dipohon;

(c)

dalam hal permohonan oleh seseorang wakil asing yang merupakan atau yang mempercayai bahawa dia ialah wakil bagi prosiding bukan utama asing, sebab-sebab mengapa wakil asing itu percaya bahawa relief itu berkaitan dengan harta yang, di bawah undang-undang Malaysia, patut ditadbir dalam prosiding bukan utama asing atau maklumat yang dikehendaki dalam prosiding bukan utama asing itu;

(d)

sama ada, pada pengetahuan dan kepercayaan terbaik wakil asing itu, kepentingan pemiutang penghutang, termasuk mana-mana pemiutang bercagar atau pihak dalam perjanjian sewa beli, dan mana-mana pihak berkepentingan lain, termasuk jika sesuai penghutang, akan dilindungi secukupnya; dan

(e)

apa-apa perkara lain yang pada pendapat wakil asing itu boleh membantu Mahkamah dalam memutuskan sama ada sesuai atau tidak untuk memberikan relief yang dipohon.

P.U. (A) 313 8

Permohonan bagi pengubahsuaian atau penamatan oleh wakil asing atau mana-mana orang yang terjejas dengan pengiktirafan atau relief yang diberikan (A. 88A, k. 5)