Skip to content

Seksyen 2

Pindaan Aturan 1

of Kaedah-Kaedah Mahkamah (Pindaan) (No. 2) 2012

P.U. (A)In forceProvision 2 of 14
Seksyen 2

Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 [P.U. (A) 205/2012], yang disebut “Kaedah-Kaedah ibu” dalam Kaedah–Kaedah ini, dipinda dalam Aturan 1―

(a)

dalam kaedah 4, dengan memasukkan selepas takrifan “buku kausa”

takrifan yang berikut:

‘“cara mekanikal” termasuklah dengan cara apa-apa peralatan, peranti, radas atau media yang dikendalikan secara digital, elektronik, magnetik atau mekanikal;’.

(b)

dalam kaedah 8―

(i)

dengan menomborkan semula kaedah itu sebagai perenggan (1);

P.U. (A) 286 3

(ii)

dalam perenggan (1) dalam teks bahasa kebangsaan, dengan menggantikan perkataan “adalah terpakai di” dengan perkataan

“terpakai bagi”; dan

(iii)

dengan memasukkan selepas perenggan (1) perenggan yang berikut:

“(2)

Aturan 85A, 86A dan 93 terpakai bagi Mahkamah Rendah sahaja.”