Seksyen 2
Kaedah-Kaedah
Pentadbiran
Undang-Undang
Islam
(Wilayah-Wilayah
Persekutuan) (Tauliah Mengajar Agama Islam) 2006 [P.U. (A) 74/2006], yang disebut
“Kaedah-Kaedah ibu” dalam Kaedah-Kaedah ini, dipinda dalam kaedah 2—
(a)
dalam takrif “Setiausaha”, dengan menggantikan noktah di hujung takrif itu dengan koma bernoktah; dan
(b)
dengan memasukkan selepas takrif “Setiausaha” takrif yang berikut:
‘
“tauliah mengajar agama Islam” ertinya suatu kebenaran yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa di bawah kaedah 25;
“tauliah mengajar agama Islam (khas)” ertinya suatu tauliah mengajar agama Islam yang membenarkan seorang warganegara
Malaysia atau bukan warganegara yang dijemput khas oleh mana-mana orang untuk mengajar agama Islam dalam suatu program yang berhubungan dengan agama Islam.’.
P.U. (A) 405 3