Seksyen 9
of Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Wakaf) 2025
P.U. (A)In forceProvision 9 of 36
Seksyen 9
(1)
Setiausaha Majlis hendaklah menjadi Ketua Pendaftar Wakaf.
(2)
Majlis boleh melantik apa-apa bilangan Pendaftar Wakaf sebagaimana yang Majlis fikirkan perlu untuk membantu Ketua Pendaftar Wakaf dalam melaksanakan fungsi dan menjalankan kuasa Majlis di bawah Kaedah-Kaedah ini.
(3)
Tertakluk kepada arahan dan kawalan Ketua Pendaftar Wakaf, seseorang Pendaftar Wakaf boleh menjalankan apa-apa kuasa Ketua Pendaftar Wakaf di bawah Kaedah-Kaedah ini.
Tanggungjawab Ketua Pendaftar Wakaf