Skip to content

Seksyen 13

Permohonan lesen untuk menjalankan aktiviti akuakultur

of Kaedah-Kaedah Perikanan (Akuakultur Perikanan Darat) (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan) 2017

P.U. (A)In forceProvision 13 of 38
Seksyen 13

(1)

Suatu permohonan bagi mendapatkan lesen untuk menjalankan suatu aktiviti akuakultur hendaklah dibuat kepada Ketua Pengarah—

(a)

dalam apa-apa bentuk dan cara sebagaimana yang ditentukan oleh

Ketua Pengarah; dan

(b)

sebaik sahaja pembinaan premis akuakultur siap tetapi tidak boleh melebihi satu bulan dari tarikh premis itu siap.

10

(2)

Apabila menerima suatu permohonan di bawah subkaedah (1),

Ketua Pengarah—

(a)

boleh menghendaki pemohon untuk memberikan butir-butir, maklumat atau dokumen lanjut; dan

(b)

hendaklah memeriksa premis akuakultur.

(3)

Sekiranya apa-apa butir-butir, maklumat atau dokumen yang dikehendaki di bawah subkaedah (2) tidak diberikan oleh pemohon dalam masa yang dinyatakan oleh Ketua Pengarah, permohonan itu hendaklah disifatkan telah ditarik balik tanpa menjejaskan permohonan baru yang dibuat oleh pemohon.

(4)

Permohonan di bawah subkaedah (1) boleh ditarik balik pada bila-bila masa sebelum pengeluaran atau keengganan untuk mengeluarkan lesen.