Seksyen 17
Perluasan, pengubahsuaian dsb, premis akuakultur
P.U. (A)In forceProvision 17 of 38
Seksyen 17
(1)
Pemegang lesen tidak boleh memperluas premis akuakultur, mengubah suai struktur premis akuakultur atau memindahkan lokasi premis akuakultur tanpa kebenaran bertulis Ketua Pengarah.
(2)
Mana-mana pemegang lesen yang melanggar subkaedah (1) melakukan suatu kesalahan.